Pelakon Amar Baharin berkongsi petikan hadis yang menyentuh soal ibadah berpuasa dan keutamaannya.
Menurut hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bahawa Allah pernah berfirman setiap amal anak Adam adalah untuknya kecuali puasa kerana puasa itu untuk Allah dan Dia sendiri yang akan memberi balasan.
“Bab keutamaan puasa;
“Hadis Abu Hurairah, dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Allah SWT berfirman “Setiap amal anak Adam adalah untuknya kecuali puasa.
“Puasa itu untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan memberi balasannya. Dan puasa itu adalah benteng, maka apabila suatu hari seorang dari kami sedang melaksanakan puasa, maka janganlah dia berkata kotor dan berteriak.
“Jika ada orang lain mencaci atau mengajak berkelahi maka katakanlah, ‘Aku sedang berpuasa’.
“Dan demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam genggaman-Nya, sungguh bau mulut orang yang sedang puasa lebih harum di sisi Allah daripada haruman minyak misik. Dan bagi yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan, yaitu kegembiraan ketika berbuka dan ketika berjumpa dengan Rabb-nya dia gembira disebabkan ibadah puasanya itu,” antara kata-kata yang dikongsikan.
Apapun, MH ucapkan selamat berpuasa buat semua muslimin. Moga puasa kita tahun ini berkati, insyaAllah.
Foto : Instagram Amar Baharin