
Memuat naik pesanan khas buat peminat, Zizan Razak berkongsi klip rakaman berupa amaran buat para peminat.
Ulasnya semenjak tampil tanpa misai, orang ramai sering menyangka dia adalah aktor sasa, Aaron Aziz.
“So semenjak saya tak ada misai ni, ramai yang tegur saya. Halo Aaron Aziz. Saya tumbuk muka dia orang yang tegur saya macam tu.
“Saya bukan Aaron Aziz okay. Saya Aziz M. Osman.
“Kata kata amaran buat peminat Zizan. So jangan ambil mudah ya. Jangan buat main main.”
Menerusi ruangan komen, netizen berterusan memanggilnya sebagai Aaron Aziz seolah-olah mengiyakan ‘tuduhan’ tersebut.
Aduh Zizan, seriau MH tadi bila melihat kapsyen mengundang yang dikongsi.
Foto – Instagram Zizan Razak
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Semoga Murah Rezeki Ampa Semua,”- Izreen Azminda Buka Akses Komen, Buka Ruang Bantu Peniaga Online

Setelah sekian lama menutup ruangan komen di laman media sosial Instagram, pelakon Izreen Azminda kini kembali berkomunikasi bersama peminatnya.
Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam turut memaklumkan tindakan dibuat bagi memberi ruang buat peniaga dalam talian melakukan promosi di akaun media sosial miliknya.
“Bersempena kami dah bukak komen ni. Esk kami nk bg peluang kepada peniaga online.
“Hampa promote la barang2 ampa semua kat ruangan komen esk okay. Semoga murah rezeki ampa semua,” tulisnya.
Sekadar informasi, Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2018 di Damansara, Petaling Jaya.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Aaron Ibrahim, 9 bulan.
Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014.
Keduanya dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar.
Terdahulu, Izreen menutup ruangan komen di akaun Instagram miliknya selepas terpalit beberapa isu terhadap dirinya.
Foto: Instagram Izreen Azminda
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Aina Abdul Bakal Sepentas Duet Dengan Jac, Kongsi Foto 7 Tahun dulu; “Sangat Teruja & Gemuruh.”

Penyanyi Aina Abdul meluahkan keterujaannya apabila berpeluang berkongsi pentas dengan idolanya, penyanyi Jaclyn Victor.
Berkongsikan perkara itu di laman Instagram, Aina berkata meski gembira namun timbul juga kerisauan dan perasaan gemuruh untuk membuat persembahan duet pada konsert Gegar Vaganza 9 (GV9) minggu kelima, malam ini.
“Saya sangat teruja dan juga gemuruh. Percaturan Tuhan adalah sesuatu yang cantik dan menakjubkan.
“Ingat lagi ketika tahun 2015, saya menonton Kak Jac membuat persembahan di Rumah Terbuka PM (Perdana Menteri), saya sangat terpesona dan jatuh cinta dengan nyanyiannya.
“Dan sekarang di tahun 2022, kami berpeluang berkongsi pentas dan berduet bersama, ia perkara gila!
“Doakan kami, terima kasih Kak Jac dan Kak Zalique untuk peluang ini,” tulis Aina di ruangan kapsyen.
Menerusi entri itu juga, Aina turut mengepilkan gambar selfie dia bersama Jaclyn pada tujuh tahun lalu.
Sementara itu, menerusi ruangan komen, Jaclyn turut menitipkan kata-kata buat Aina yang bakal bergandingan dengannya.
“Saya juga teruja dan sangat takut dalam masa yang sama tapi saya sangat bersyukur ada kamu di samping nanti ketika buat persembahan.
“Masa tahun 2015 tu saya masih mengandungkan Jonah (anak sulung Jac), lagi sebulan nak bersalin.
“Much love and respect to you adikku Aina Abdul,” tulis Jaclyn.
Jac dan Aina akan berduet lagu Cinta nyanyian asal Marsha Milan pada minggu kelima GV9 malam ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Aina Abdul
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Benar Istiqamah Bukan Perkara Mudah,” – Kilafairy Ulas Soal Hijrah, Ketelitiannya Pilih Foto Sopan Didedahkan Pengasas Tudung Ini

Pelakon dan penyanyi, Kilafairy tidak menafikan prosesnya dalam sisi penghijrahan dalam diri, soal hati dan penampilan termasuk untuk terus kekal istiqamah sebagai bukan satu hal yang mudah.
Dua tahun tampil sopan berhijab, anak kepada penyanyi era 1980, Rohana Jalil ini bagaimanapun percaya, kehidupan akan terus menjadi ruang menguji keteguhan hati dan imannya sebagai hamba.
“Benar soal istiqamah itu bukan perkara mudah. Ia bukan sehari dua untuk dihadam. Pendek kata setiap hari, saya umpama bergelut dalam diri.
“Namun lama kelamaan ia bagai satu fasa yang akan jadi terbiasa. Pada akhirnya kita hanya mahu dan harapkan reda Tuhan dalam hidup ini,” katanya.
Dalam pada itu, Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisha Jangir Khan baru sahaja dilamar menjadi wajah wakilan jenama tudung bawal MINAZ Hijab Blossom 3.0 bagi kempen Next Chapter.
“Daripada kerendahan hati, saya bangga kerana terpilih menjadi wajah wakilan koleksi tudung bawal ini. Berurusan dan bekerjasama dengan pasukan kerjanya juga menyenangkan.
“Mereka juga memastikan saya selesa dan berpuas hati dengan tudung yang dipakai serta digayakan. Begitu juga dengan hasil gambar kempen fotografi yang dijayakan.
“Pendek kata tudung yang digayakan bukan sekadar selesa dalam konteks percakapan dan penulisan. Tapi saat dipakai pun dapat rasa keselesaan yang digambarkan itu.
“Saya sangat besyukur dengan rezeki yang Allah limpahkan selain dikelilingi dengan orang yang baik waktu bekerja,” katanya lagi.
Lebih menarik, koleksi tudung yang dilancarkan secara rasmi malam ini itu sudah menerima 250,000 pra tempahan.
MINAZ Hijab yang dilancarkan pada Ogos 2021 dengan taruhan signature printed Blossom Series terus pantas menjadi kegilaan wanita Malaysia.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif jenama tudung itu, Hafiza Datuk Abd Hamid atau lebih dikenali dengan nama Pija MINAZ syukur nikmat dengan kejayaan awal itu.
“Saya anggap tuah dan rezeki ini datang daripada pelbagai sudut. Tentunya kejayaan ini takkan diperoleh tanpa kerja keras team MINAZ, stokis dan agent seluruh Malaysia seterusnya sokongan Kilafairy sebagai wajah wakilan kempen.
“Kami mensasarkan lima orang bakal Jutawan Hijab hujung tahun ini. Marilah sama sama kita jadi Kaya, Berjaya & Bergaya bersama MINAZ.
“Perniagaan tudung bawal material kapas berkualiti tinggi ini dijual dengan harga mampu milik RM29 sehelai. Pembungkusannya setanding jenama mewah. Bagi mendapatkan tudung bawal itu boleh layari laman web rasmi,” katanya.
Sebelum Kilafairy, Nora Danish terlebih dahulu diperkenalkan untuk siri kempen sama edisi 2.0 tahun lalu yang turut terpalit kontroversi kerana dilihat tidak selari dengan imej tudung dengan wanita ‘free hair’.
“Bertepatan dengan kempen global Hari Hijab Sedunia, MINAZ mahu bawakan ikon berhijab dengan cerita tersendiri. Kisah penghijrahan Kilafairy dua tahun lalu memberikan kami inspirasi dalam merangka kempen Next Chapter.
“Ia sekali gus melantiknya sebagai muka hadapan kempen dengan sorotan episod seterusnya saat dia berhijrah memulakan kehidupan fasa berhijab,” katanya.
Pengarah fesyen jenama itu juga pada masa sama melihat Kilafairy sebagai inspirasi wanita bertudung.
“Lihat saja kesungguhannya untuk kekal istiqamah berhijab. Paling utama dalam menutup aurat dan kekal sopan, dia masih pandai bergaya.
“Saya sendiri menghormati pendiriannya untuk tampil dengan gaya yang sangat sopan sewaktu sesi fotografi kempen berlangsung. Malah dia sendiri lebih teliti memilih gambar yang tidak mencolok mata dan bersesuaian dengan kempen ini,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI