Penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah menyifatkan dirinya masih belum layak untuk menerima pengiktirafan sebagai Biduan Negara walaupun sudah hampir lima dekad terlibat industri seni tanah air dan mempunyai barisan lagu hits yang malar segar hingga ke hari ini.
Menurut Jamal, masih banyak perkara yang harus dibuktikannya bagi memastikan gelaran ulung tersebut selayaknya diberikan kepada mana-mana anak seni.
“Saya rasa belum layak lagi. Mungkin dalam masa setahun atau dua tahun lagi. Kena tengok juga tentang penglibatan dan pengorbanan kita di dalam industri seni.
“Kena ambil kira juga sama ada nyanyian kita ini mampu memenangi hati para pendengar.
“Ada juga penyanyi yang tidak perlu pun diberikan anugerah tapi di hati peminat, meraka merasakan kita layak. Itu sudah cukup buat saya,” katanya kepada MH.
Penyanyi yang terkenal dengan jolokan Raja Pop itu berkata sedemikian ketika ditemui pada Majlis Sidang Media Blue Serenade Charity Dinner Live With PDRM Orchestra di Bukit Aman, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Jelas Jamal lagi, dia juga tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk berikan gelaran tersebut.
Ads
“Saya bersyukur jika ada yang mencadang nama saya. Namun, saya tidak terlalu mengharap. Jika penghormatan itu diberikan kepada saya, ia amat tinggi untuk saya terima,” kongsinya lagi.
Ditanya mengenai pengiktirafan yang diterima penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai Biduanita Negara, Jamal tidak tahu menahu mengenai anugerah itu.
“Saya pun tidak tahu siapa yang memilih dan dipilih. Jadi, saya tak boleh nak komen apa-apa,” katanya.
Dalam pada itu, Jamal teruja apabila diundang oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk turut sama- sama membuat persembahan konsert amal bersama Blue Serenade Charity Dinner Live With PDRM Orchestra.
Ads
“Saya sangat berbesar hati dan berterima kasih kepada pihak PDRM diatas kerjasama ini. Ini julung kalinya saya mengadakan konsert besar bersama PDRM.
“Saya akan menyanyikan lima buah lagu beserta beberapa lagu medley selain akan berkolaborasi bersama Jo Branko.
“Saya juga bakal mengadakan latihan studio bersama pancaragam PDRM dan rehearsal sebelum konsert bermula,” katanya.
Ads
Blue Serenade Charity Dinner Live With PDRM Orchestra bakal berlangsung pada 28 Disember jam 9 malam bertempat di Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka.
Selain Jamal, konsert amal ini turut menampilkan persembahan daripada artis-artis popular tanah air seperti Ziana Zain, Ella dan Jo Brandko manakala pelawak, Doughlas Lim sebagai hos acara.
Blue Serenade Charity Dinner Live With PDRM Orchestra bakal diiringi kumpulan Orkestra PDRM yang terdiri daripada 75 pemuzik.
Program ini juga bertujuan untuk menambah dana dan memperkukuhkan kedudukan kewangan tabung kebajikan PDRM.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan dan pengacara popular, Noor Neelofa mendakwa tuduhan kononnya dia menjadi antara pencetus konflik rumah tangga kakaknya, Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad sebagai tidak masuk akal.
Malah, Lofa turut berpendirian adalah sesuatu yang tidak adil untuk memberikan komen mengenai isu yang bukan melibatkan dirinya.
“Rasa macam tak adil pulak bila bagi komen mengenai orang lain. Cumanya, apa yang saya boleh cakap ialah saya sayang kakak saya dan semua tuduhan dari netizen sebelum ini memang tak masuk akal,” kata Neelofa kepada MH.
Bintang asal Kelantan itu ditemui sidang media pengumuman TOP 5 Anugerah MeleTOP Era (AME 2019) di Hard Rock, Kuala Lumpur.
Neelofa, bagaimanapun pada masa sama meminta agar orang ramai turut mendoakan yang terbaik buat kedua-dua pasangan itu.
“Saya berharap orang ramai termasuklah keluarga dan sahabat handai mendoakan sama-sama dan menjadi penyokong sebagai sumber kekuatan,” mohon Neelofa lagi.
Terdahulu, Neelofa pernah meninggalkan komen di Instagram menerusi salah satu posting dari Nabila, yang seolah-olah membalas kenyataan abang iparnya itu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berada di posisi juri tetap Big Stage 2022 bersama komposer Ajai menjelaskan mengenai konsep penjurian terbaharu bagi program hiburan berkenaan.
Menurut Siti, barisan juri termasuk juri jemputan mempunyai kesempatan untuk menukar turun naik markah bagi setiap peserta sejurus persembahan.
Mekanisme tersebut dilakukan sehinggalah markah muktamad yang tertera ‘dikunci.’
“Di Big stage, konsep penjurian baru bila para juri diberi peluang untuk menukar markah mereka ikut tempoh persembahan peserta sehingga lah kita ‘lock’ markah terakhir.
“Mereka nak penonton lihat turun naik pemarkahan yang dibuat. Saya pula biasanya lepas ambil kira komen juri-juri yang lain akan terjadilah pertukaran di saat akhir,” jelas Siti dalam satu hantaran yang dikongsi di Instagram.
Tampil memberikan pencerahan, penyanyi lagu Anta Permana ini turut berkongsikan video kandid ketika sesi pemarkahan dilakukan.
Malah Siti turut mengakui penilaiannya mungkin berbeza di antara barisan panel juri lain dan ia berdasarkan kepada pengalamannya dalam dunia seni.
“Ni la keadaan bila nak kena ‘lock’ markah terakhir tu. Bukan senang ye, ambil kira setiap sudut.
“Penilaian saya berbeza dengan yang lain mengikut pengalaman saya. Semoga peserta semua terus tingkatkan kualiti nyanyian & persembahan untuk minggu seterusnya,” tulisnya lagi.
Terdahulu, bagi menyuntik pembaharuan segar, buat pertama kalinya proses pemberian markah oleh panel juri akan dibuat secara langsung atau ‘live marking’ yang mana setiap pemarkahan akan tertera di skrin LED untuk tontonan umum.
Selain Siti Nurhaliza dan Ajai, juri pedas dan presiden netizen masih diisi penyanyi Mas Idayu dan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida sementara Aina Aibdul diundang selaku juri jemputan, Ahad lalu.
Juara Big Stage 2022 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro.
Penyanyi Ronnie Hussein tidak menafikan penyertaannya dalam program Gegar Vaganza (GV) musim ke-11 yang akan memulakan saingannya Ahad ini sebagai platform terbaik untuknya membuktikan...