
Aktres Fasha Sandha berkongsi perkembangan terkini rakan selebriti Nad Zainal yang kini sarat hamil anak ketiga.
Difahamkan, mereka antara barisan artis yang berniaga di sebuah acara di Singapura.
Video berkenaan dimuat naik Fasha di Instagram, pada Khamis yang antara lain turut merakamkan pelakon drama Serpihan Sayang itu sedang melayani pelanggan sambil ditemani suami, Aidil Aziz.
Dalam perkongsian sama, Fasha sempat meluahkan rasa teruja kerana dapat berniaga bersebelahan dengan booth Nad Zainal.
“Ehh berjiran dengan Kirana (Nad) Ada ke yang rindu Kirana and Miralove?,” tulisnya.
Lebih menarik perhatian, Fasha juga sempat mengusap perut atau ‘baby bump’ Nad sebagai tanda untuk mengambil berkat.
“Ambil berkat katanya,” titip Fasha ringkas sambil Nad yang kelihatan tersipu-sipu.
Meninjau ke ruangan komen, perkongsian tersebut turut menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang rata-ratanya mendoakan yang baik-baik buat dua figura popular itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jangan Guna Alasan PKP, Nak Beli Pampers Anak Pun Tak Boleh,” – Puji Usaha Remaja Buka Gerai Depan Rumah, Ini Perkongsian Datuk Seri Vida

Usahawan popular, Datuk Seri Vida (DSV) memuji usaha seorang peniaga muda yang sanggup membuka gerai jualan di hadapan rumahnya sejak setahun yang lalu.
Jelasnya, walau sesusah mana pun keadaan ketika ini, setiap pihak haruslah berikhtiar dan berusaha sebelum mengharapkan apa-apa jenis bantuan.
Kata usahawan yang pernah muncul dengan single I Am Me ini lagi, sekiranya seseorang itu mempunyai kemahuan, segala yang diimpikan pasti tidak mustahil.
“Jangan guna alasan PKP pendapat terjejas. Nak beli pampers anak pun tak boleh. Usahalah macam adik ni. Adik ni berniaga depan rumah je.
“Nak dekat setahun dah. Pendapatan adik ni RM200 hingga RM250 setiap hari kau mampu? Janji kena ada keinginan dan usaha,” katanya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh ibu kepada dua orang anak itu menerusi entri terkini di laman Instagram.
Dalam pada itu, DSV turut mengingatkan para peniaga makanan untuk sentiasa mementingkan aspek kebersihan demi menarik lebih ramai pelanggan.
“Yang paling penting kena menu sedap dan bersih. Saya singgah ni sebab bersih ye. Kalau tak bersih saya tengok dari jauh lagi dah bye.
“Kena usaha. Jangan malas je. Mengharapkan bantuan bendera putih je,” ujarnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi pelbagai berhubung kenyataan yang diberikan DSV.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Datuk Seri Vida
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dua Tahun Berjuang Melawan Sakit, Pelakon Popular Thailand Meninggal Dunia

Pemergian mengejut pelakon popular Thailand, Akkaphan Namart, yang mesra dikenali sebagai Om, telah meninggalkan ribuan peminat dan rakan-rakan dalam kesedihan yang mendalam.
Om, 39 tahun, meninggal dunia pada pagi 22 September 2024, seperti yang disahkan oleh agensinya, Channel 7, menerusi pengumuman di laman Facebook mereka.
Walaupun pengumuman tersebut tidak menyatakan punca kematian secara terperinci, umum mengetahui aktor tersebut menghidap kanser otot jantung yang didiagnos sejak 2022.

Meskipun telah menjalani kemoterapi dan pembedahan, yang dianggap berjaya oleh doktor pada tahun 2023, kesihatannya dilaporkan semakin merosot
Om memilih untuk berehat daripada dunia lakonan untuk memberi tumpuan kepada pemulihannya, namun dia terus berkongsi perkembangan terkini dengan para pengikutnya menerusi sosial media
Memulakan kerjaya lakonannya dengan Saluran 3 pada tahun 2008, Om kemudiannya beralih ke Saluran 7 dalam rangka meluaskan lagi portfolionya sebagai pelakon.
Antara kejayaan terbesarnya dalam dunia lakonan apabila dia memenangi anugerah Golden TV untuk kategori pelakon pembantu terbaik bagi siri Phra Chan Lai Phayak.
Menurut laporan, majlis mengebumian sedang diadakan di Kuil Wat That Thong di Bangkok, dengan ritual tradisional Buddha akan berlangsung selama hampir seminggu. Upacara pembakaran mayat pula dijadualkan pada 28 September pada pukul 3 petang.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sebelum Penyakit Menjenguk, Buat La…,”- Individu Ini Gesa Jalani Pembedahan Bariatrik, Respon Almy Nadia Buat Ramai Terkedu

Sejak akhir-akhir ini, isu perubahan fizikal melibatkan pelakon Datin Almy Nadia sering kali menjadi perhatian warganet.
Terbaru, seorang individu menggesa Almy supaya menjalani pembedahan bariatrik untuk mengelak daripada sebarang komplikasi penyakit dan tampil kelihatan lebih muda.
Cadangan tersebut disuarakan individu berkenaan sebagai respon kepada video yang dikongsikan Almy ketika mempromosikan sebuah jenama barangan sukan terkenal tempatan pada Khamis.
“Kak harap sangat buat la bariatric surgery sebelum banyak penyakit yang datang menjenguk. Kak sendiri pun buat dan alhamdulilah dah tak perlu makan ubat lagi cuma kena ambil supplements.
“Lepas ni mesti adik nampak 20 tahun lebih muda dan bertenaga. Buat ya adik. Jangan risau,” tulisnya.
Tidak lama selepas itu, komen tersebut mendapat respon balas daripada isteri kepada pelakon, Datuk Fizz Fairuz itu.
Almy secara sarkastik berkata, dia tidak kisah untuk menjalani pembedahan bariatrik asalkan individu berkenaan sanggup memenuhi permintaannya.
Katanya lagi, dia juga memerlukan ibu susuan bagi anak bongsunya memandangkan dia bakal mengalami banyak perubahan selepas pembedahan itu nanti.
“Ye kak, memang nak buat tapikan kak, boleh tak tolong saya? Tolong carikan saya pembantu rumah dua orang dan pemandu dua orang. Pembantu rumah kerja daripada pukul 5 pagi hingga 10 malam. Driver kerja daripada 6 pagi hingga 7 malam.
“Lepas tu senang saya buat apa yang kakak nak. Boleh tak? Kalau boleh, saya on terus la. Satu lagi, carikan orang untuk susukan badan anak saya sebab yang kecil masih menyusu badan.
“Kalau dah masuk hospital nak potong usus nanti, saya dah tak lalu makan. Macam mana anak saya nak menyusu badan. Tolong ye akak? Tak pun akak jelah yang gantikan saya susukan badan anak saya boleh?,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan pandangan yang sama selain turut meminta Almy supaya mengabaikan komen-komen negatif tersebut.
“Saya setuju. Senang je cakap suruh itu ini. Hakikatnya kita sahaja yang tahu. Nak uruskan anak sendiri bukan senang. Saya ni pun dah tunggang terbalik. Tak mengapa Datin. Gembirakan sahaja hati dengan keluarga dan anak-anak. Lagi seronok.
“Setuju sangat. Padahal dia tak kenal Almy. Satu ketika dahulu slim kot. Biasalah bila dah beranak pinak badan naik. Bila anak-anak dah besar, automatik ibu-ibu akan melawa semula. Abaikan mulut-mulut orang ni. Ini adalah fasa bagi seorang wanita.
“Tak kisahlah kurus ke semangat ke, yang penting suami sayang. Janji kita sihat.
“Abaikan mulut puaka. Gemuk salah kurus pun salah. Semoga akak dikurniakan kesihatan yang baik selalu,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sebelum ini, Almy pernah merancang untuk melakukan pembedahan bariatrik untuk menguruskan badan selepas sering menjadi mangsa ‘body shaming’ dan hinaan daripada netizen.
Bagaimanapun, Fizz meminta Almy supaya mempertimbangkan dahulu keputusannya itu memandangkan dia harus menguruskan keluarga dan empat anak mereka yang masih kecil dan bersekolah.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Almy Nadia
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI