Pelawak Shuib mengakui ada ketikanya dia menitiskan air mata setiap kali terkenang arwah isterinya, penyanyi Allahyarham Siti Sarah.

Menurut Shuib, 37, atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, emosinya sering terganggu sejak kehilangan isteri 9 Ogos lalu.

Shuib bagaimanapun mendedahkan status emosinya kian baik dan masih bertemu dengan doktor pakar psikatri tiap minggu.

“Ambil Masa, Cuba Nak ‘Move On’ Tapi….,” – Shuib Akui Ada Ketikanya Menitiskan Air Mata Teringatkan Arwah Isteri “Ambil Masa, Cuba Nak ‘Move On’ Tapi….,” – Shuib Akui Ada Ketikanya Menitiskan Air Mata Teringatkan Arwah Isteri “Ambil Masa, Cuba Nak ‘Move On’ Tapi….,” – Shuib Akui Ada Ketikanya Menitiskan Air Mata Teringatkan Arwah Isteri

“Hari ini genap 100 hari pemergian isteri. Anak-anak okay cuma sesekali cakap mak mereka dah tiada. Kalau saya pula memang rindu. Perasaan itu masih tak boleh ‘move on’ dan senang menangis apabila teringat dia.

“Kalau ikutkan saya ini jenis yang kenal diri sendiri dan penuh dengan motivasi sebab selalu bagi ceramah di sana sini.

Ads

“Tapi apabila ini terjadi, ia terlalu cepat dan memang ambil masa untuk terima. Saya cuba nak ‘move on’, tapi perasaan saya dia ada saja. Tengok anak-anak, ingat dia,” katanya.

“Ambil Masa, Cuba Nak ‘Move On’ Tapi….,” – Shuib Akui Ada Ketikanya Menitiskan Air Mata Teringatkan Arwah Isteri

“Ambil Masa, Cuba Nak ‘Move On’ Tapi….,” – Shuib Akui Ada Ketikanya Menitiskan Air Mata Teringatkan Arwah Isteri “Ambil Masa, Cuba Nak ‘Move On’ Tapi….,” – Shuib Akui Ada Ketikanya Menitiskan Air Mata Teringatkan Arwah Isteri

Shuib ditemui pada majlis aqiqah, cukur jambul dan tahnik anak keempatnya, Ayash Affan dan tahlil sempena 100 hari pemergian Siti Sarah di Puchong, Selangor.

Ads

Sementara itu, Shuib turut berkongsi dia masih belum pernah mimpikan arwah isteri sejak pemergiaannya.

“Apabila nak buat majlis di sini, rasa dia ada saja. Sebab ketika mula pindah di sini dia memang suka buat majlis di sini. Menang sedihlah.

“Tapi, saya belum pernah mimpikan dia lagi. Sekali pun tidak ada lagi. Hanya anak ketiga, Mateen saja ada mimpi selepas tiga hari dia pergi. Anak lain pun tidak ada lagi,” katanya.

Ads

“Ambil Masa, Cuba Nak ‘Move On’ Tapi….,” – Shuib Akui Ada Ketikanya Menitiskan Air Mata Teringatkan Arwah Isteri “Ambil Masa, Cuba Nak ‘Move On’ Tapi….,” – Shuib Akui Ada Ketikanya Menitiskan Air Mata Teringatkan Arwah Isteri

“Ambil Masa, Cuba Nak ‘Move On’ Tapi….,” – Shuib Akui Ada Ketikanya Menitiskan Air Mata Teringatkan Arwah Isteri

Mengakui berat badannya sedikit susut, Shuib akui dia juga hilang selera makan.

“Ya saya kurang makan sebab tak lalu. Sudah tiga bulan tak selera makan. Kalau dengan arwah dulu dia suka makan. Jadi, saya tak boleh tolak.

”Malah, jam 2 pagi pun boleh makan lagi. Sekarang makan bila lapar ja. Itu yang badan susut sikit,” katanya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI