Pencetus Ummah (PU) Amin memuji sikap dan tanggungjawab petugas sektor kesihatan yang melibatkan doktor dan jururawat dalam merawat mangsa yang terlibat dalam koronavirus (COVID-19) yang melanda negara kini.

Bagi mencegah masalah yang semakin berleluasa itu, kerajaan telah mengambil langkah inisiatitif agar Perintah Kawalan  Pergerakan dalam tempoh 14 hari dilakukan.

Malah, ia selari dengan tanggungjawab masyarakat untuk duduk di rumah sahaja.

“Beginilah keadaan mereka yang menerima rawatan oleh para doktor kita . Lemah jiwa bila melihat keadaan sebegini. Bagaimana jika berlaku dikalangan ahli keluarga kita ? Tak sanggup untuk membayangkan.

IKLAN

“Virus ini disebarkan dengan cepat . Pelihara diri di rumah , ambil masa cuti untuk solat , zikir dan berselawat . Hentikan segera perkara maksiat , tutup aurat dan pelihara setiap saat dalam ibadat . Taat dan patuh arahan pemerintah dan para doktor..

“Ingat, jangan keluar rumah kecuali aktiviti penting sahaja . Kalau nak pergi beli barang , pergi seorang sahaja dan jaga kebersihan sentiasa , kita di fasa akhir untuk membasmi virus jahat ini.

“Ya Allah pelihara kami ya Allah! Moga Allah beri jalan keluar pada musibah ini . Ada hikmah disebalik musibah ini . Ya Allah ! dengan nama dan zat Mu yang mulia , lindungilah kami , lindungilah kami , lindungilah kami,” tulisnya.

View this post on Instagram

Beginilah keadaan mereka yang menerima rawatan oleh para doktor kita . Lemah jiwa bila melihat keadaan sebeginj . Bagaimana jika berlaku dikalangan ahli keluarga kita ? Tak sanggup untuk membayangkan.. . Virus ini disebarkan dengan cepat . Pelihara diri di rumah , ambil masa cuti untuk solat , zikir dan berselawat . Hentikan segera perkara maksiat , tutup aurat dan pelihara setiap saat dalam ibadat . Taat dan patuh arahan pemerintah dan para doktor.. . Ingat , jangan keluar rumah kecuali aktiviti penting sahaja . Kalau nak pergi beli barang , pergi seorang sahaja dan jaga kebersihan sentiasa , kita di fasa akhir untuk membasmi virus jahat ini.. . Ya Allah pelihara kami ya Allah! Moga Allah beri jalan keluar pada musibah ini . Ada hikmah disebalik musibah ini . Ya Allah ! dengan nama dan zat Mu yang mulia , lindungilah kami , lindungilah kami , lindungilah kami . ❤️

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on

Video tersebut memaparkan situasi di sebuah hospital yang melibatkan petugas kesihatan menjalankan tugas bagi merawat mangsa positif COVID-19.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Perintah Kawalan Pergerakan merayu agar rakyat Malaysia duduk di rumah. Jelasnya ‘Tolonglah. Stay put where you are’.

Video : Instagram PU Amin