Selepas diisahkan positif Covid-19 Julai tahun lalu, pelakon dan usahawan Mawar Rashid tidak menafikan ia menjadi satu pengalaman ngeri bagi dirinya.

Menurut Mawar, dia hilang selera makan sehingga badannya lemah selain hilang fokus, sekali gus membuatkan berat badannya turun secara mendadak.

“Ambil Masa Sebulan Untuk Betul-Betul Sembuh,” – Patut Nampak Susut… Mawar Rashid ‘Hilang’ 6Kg Selepas Disahkan Positif Covid-19 “Ambil Masa Sebulan Untuk Betul-Betul Sembuh,” – Patut Nampak Susut… Mawar Rashid ‘Hilang’ 6Kg Selepas Disahkan Positif Covid-19

“Pengalaman dijangkiti Covid-19 adalah satu mimpi ngeri yang tak mungkin saya boleh lupakan. Saya berdepan kesakitan yang teruk sehingga berat badan saya turun mendadak.

Ads

“Ketika itu saya hilang selera makan sehingga badan saya jadi lemah dan mudah penat. Malah, selepas disahkan bebas virus itu saya mengambil masa hampir sebulan untuk betul-betul sembuh dan kembali bertenaga seperti sebelumnya,” kata Mawar.

Bagaimanapun, dia sebenarnya berazam untuk menurunkan berat badan sebelum ini, namun perkara itu amat sukar dilakukan.

Ads

“Ambil Masa Sebulan Untuk Betul-Betul Sembuh,” – Patut Nampak Susut… Mawar Rashid ‘Hilang’ 6Kg Selepas Disahkan Positif Covid-19 “Ambil Masa Sebulan Untuk Betul-Betul Sembuh,” – Patut Nampak Susut… Mawar Rashid ‘Hilang’ 6Kg Selepas Disahkan Positif Covid-19 “Ambil Masa Sebulan Untuk Betul-Betul Sembuh,” – Patut Nampak Susut… Mawar Rashid ‘Hilang’ 6Kg Selepas Disahkan Positif Covid-19

“Sebelum disahkan positif Covid-19 saya memang sudah pasang niat nak turunkan berat badan tapi tak sangka berat badan saya turun disebabkan virus berbahaya itu.

Ads

“Saya turun sebanyak enam kilogram. Jadi, sekarang saya hanya menjaga pemakanan supaya berat badan tak naik lagi. Saya pun nak kembali aktif berlakon tapi belum ada tawaran yang sesuai untuk dijayakan,” katanya.

“Ambil Masa Sebulan Untuk Betul-Betul Sembuh,” – Patut Nampak Susut… Mawar Rashid ‘Hilang’ 6Kg Selepas Disahkan Positif Covid-19“Ambil Masa Sebulan Untuk Betul-Betul Sembuh,” – Patut Nampak Susut… Mawar Rashid ‘Hilang’ 6Kg Selepas Disahkan Positif Covid-19

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI