Beberapa perkongsian foto di Instagram daripada pelakon dan pengacara, Elly Mazlein yang selamat melahirkan anak kedua iaitu bayi lelaki 23 Oktober lalu mencuri perhatian peminat.

Masing-masing tumpang gembira dan sama-sama teruja menantikan setiap perkembangan bayi lelaki yang diberi nama Haider Mateen itu.

Baru-baru ini, Elly, 41, atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi ada berkongsi video yang merakamkan momen Haider yang sedang diuruskan oleh Confinement Lady (CL) yang dipanggil Kak Nia.

“Haider bermanja dgn CL Kak Nia dari @natalismothercare la dik. Bukan kak pom je dimanja. Haider pun dimanja juga. Bestnya sangatlah puas hati,” tulis Elly menerusi ruangan kapsyen memberikan kredit.

Posting berkenaan yang sudah pun menerima lebih 300,000 tontonan turut menerima reaksi pelbagai peminat.

Rata-ratanya memuji cara pengurusan bayi yang dilakukan selain tak kurang yang memuji rambut Haider yang lebat.

Penyanyi Bungaku Bakawali itu sebelum ini ada memberikan dedikasinya sejurus selamat melahirkan anak keduanya itu.

“Terima kasih abah, suami dan anak, Putri Sara Sefhia sudah jaga mama sepanjang mengandung hingga bersalin. Alhamdulillah kita ada orang baru. Bertambah seorang lagi dalam keluarga comel kita. Alhamdulillah syukur Ya Allah.

“Suami, umi dan jururawat membaca surah Yasin, bagi ayat memudahkan bersalin dan doakan saya agar proses bersalin berjalan lancar dan dipermudahkan. Memang Allah permudahkan. Syukur,” tulisnya di Instgaram sebelum ini.

Untuk rekod, Elly dan suami, Mohamad Azlan Che Nur berkahwin pada Januari tahun lalu.

Foto: Instgaram Elly Mazlein

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI