Hubungan ‘teman tapi mesra’ antara Jaa Suzuran dan Melissa Th’ng sering mendapat perhatian kerana telatah bersemut mereka.
Misalnya baru-baru ini, Melissa ada memuat naik video bersama pengacara itu yang sedang menyanyikan lagu South of the Border nyanyian Ed Sheeran bersama Camila Cabello dan Cardi B.
“So obsessed with this song lahh.. It’s called South of the Border (Ed Sheeran @teddyphotos feat. Camila Cabello & Cardi B),” tulisnya.
Bagaimanapun, menerusi ruangan komen, ada yang menganggap arah mata Jaa seolah-olah tidak berkelip dan hanya tertumpu ke arah Melissa sahaja.
Terdahulu, pasangan ini menafikan mereka bercinta, sebaliknya hanyalah teman baik dan tidak menafikan saling rapat.
View this post on InstagramTolong settle. Siapa lagi manja? @jaasuzuran ke Melissa?
A post shared by Melissa Th'ng (@melissathng) on
Foto/Video : Instagram Melissa Th’ng
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Usahakan Mak Saya Supaya Terus Solat Dan Alhamdullillah, Mak Kuat,” – Kesetiaan Abby Abadi Jaga Solat Ibu Yang Sedang Sakit, Undang Sebak
Pelakon Abby Abadi beberapa hari lalu ada memuat naik foto ibunya terlantar lantas menyentuh hati netizen.
Perkongsian foto menerusi Instagram itu adalah berkaitan dengan rutinnya ketika menjaga ibunya yang sedang sakit.
Dalam entri berkenaan, Abby menceritakan status terkini ibunya serta usahanya untuk memastikan solat ibunya terjaga.
“Sy usahakan Mak Sy supaya terus solat & Alhamdullillah, Mak kuat. Saya Mandikan Mak. Bagi makan ubat, Inject insulin, Buatkan air, Suap makan Dan paling penting Jagakan solat Mak.
“Saya bagitau Mak, Tak dapat buat yg sunat, 5 waktu tu je suruh Mak jaga , Sebab itu yg pertama ALLAH akan tanya nanti Mak, Mak dengar je.
“Saya cakap lagi, Tiga perkara je yg buleh bawak mati Mak
1. Sedekah jariah kita
2. Ilmu yg bermanfaat yg kita ajar/kongsikan pada org lain
3. Doa anak yg soleh…Mak dengar jug.
“Dan Sy harap ALLAH kuatkan lagi, Kefahaman Mak tentang agama DIA, Amin. Sayang Mak sangat! Doakan Mak Sy kuat ye.
“Esok Mak nak kena tebuk lubang lain kat leher utk dialysis sbb lubang sedia ada takleh guna sbb ada darah buku menghalang huhu.. Doakan ye,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on
Rata-rata netizen yang sebak dengan perkongsian berkenaan turut mendoakan agar kesihatan ibu pelakon Gerak Khas 2019 ini kembali pulih seperti biasa.
Foto: Instagram Abby Abadi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Yang Baik Datangnya Dari Allah, Yang Jahat Datangnya Dari Kita,” – Sajat
Mencuri perhatian ramai selepas beberapa foto dan videonya di tanah suci mulai tular di media sosial, usahawan sensasi Nursajat ada berkongsi beberapa gambar terbaru di Instagram.
Malah, usahawan yang pernah mengeluarkan single berjudul Makhluk Penggoda ini turut memuat naik kata-kata berbentuk motivasi di Platform sama.
Selain itu, Sajat turut berkongsi foto anak-anak serta keluarganya di tanah suci.
“Alhamdulillah. Yang baik datang nya dari Allah,yang jahat datang nya dari kita,” tulisnya menerusi di ruangan kapsyen menerusi salah satu entri.
View this post on InstagramA post shared by Nur Sajat (@nursajat23) on
View this post on InstagramA post shared by Nur Sajat (@nursajat23) on
Selain turut memuat naik video berkaitan menerusi Insta Stories, Sajat bagaimanapun menyekat akses komen di platform sama terhadap beberapa fotonya yang dikemas kini.
Foto: Instagram Nur Sajat
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Beri Inspirasi Harmoni! Nabila Huda Sekeluarga & Ibu Tiri Seronok Cuti Di Bali, Rakam Momen Indah Bersama
Pelakon, Nabila Huda ada berkongsi sedang menikmati percutian bersama keluarga besarnya di Bali, Indonesia.
Momen indah itu dikongsikan pengacara Muzikal Lawak Superstar itu di Instagram miliknya yang dikemas kini.
View this post on InstagramShort Vacay with my beloved Fam 🥰
A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on
Menerusi video yang dikongsikan Abil, dapat dilihat turut sama dalam sesi liburan itu termasuk bapanya, Suhaimi Abd Rahman (Amy Search), ibu tirin serta beberapa lagi ahli keluarga dan rakan terdekat.
Menjengah di Instagram Amy pula, dia turut berkongsi wajah kecerian mereka sekeluarga di Instagram.
Malah, Hasniza atau lebih dikenali sebagai Qasander ada berkongsi video di Insta Storiesnya.
Lalu, netizen ada meninggalkan komen yang pelbagai dan turut gembira melihat kebahagiaan keluarga itu.
Terdahulu, Abil dan Qasander pernah perselisihan faham, namun kedua-dua mereka saling bermaafan antara satu sama lain.
Video : Instagram Nabila Huda, Amy & Qasander
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI