Jarang sekali Wak Doyok berkongsi wajah polos tanpa sebarang ‘bulu’ di muka. Sekali dia post, terbeliak biji mata semua.
Menerusi laman Instagramnya, Instafamous ini memuatnaik sekeping foto dirinya sewaktu di tingkatan 5 pada tahun 1993.
“Salam jumu’ah yo..!!! Ini aku pada tahun 1993 form 5 balik dari asrama. Mulus je muka. Hehehe.”
Mungkin lelaki ini bergurau, kerana mengikut perkiraan, tahun 1993, Wak sepatutnya tingkatan 2. Apa-apa pun wajahnya tidak banyak berubah, masih awet muda. Wak kini berusia 39 tahun.
Menurut netizen, wajah pengasas bersama jenama pakaian The Garment ini suci dan polos.
Foto – Instagram Wak Doyok