Penyanyi popular, Khai Bahar mendominasi senarai akhir ‘top 5’ di Anugerah MeleTOP Era edisi kelapan (AME2021) yang akan bersiaran secara langsung di Astro Ria dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), 30 Januari depan.
Lima kategori berkenaan ialah Lagu MeleTOP, Penyanyi MeleTOP,Grup/Dup MeleTOP, Artis Versatil dan kategori Program MeleTOP Era.
Sementara itu, penyanyi Shiha Zikir dan kumpulan pop Dolla, masing-masing tercalon di dalam empat kategori.
Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh, AME2021 bakal menampilkan kelainan yang besar dari segi kategori utama yang turutakan diadili oleh juri.
“Kelainan besar tersebut antara lain adalah menerusi bagi kategori utama iaitu Top Top MeleTOP Era, yang mana ia akan turut diadili barisan juri profesional. Mekanisme ini dilakukan selepas mengambil kira respon seperti wajah sama saja yang menang setiap tahun.
“Pada masa sama, ia juga bagi mengangkat kredibiliti kemenangan pada tahap yang lebih tinggi. Para juri terdiri daripada barisan panel yang berpengalaman dan berpengaruh dalam industri hiburan tempatan.
“Jadi kali ini, kami mahu ia lebih selari di antara populariti dan kualiti selain lebih tulus dengan adanya kehadiran juri yang akan menguatkan lagi pemenang yang dirasakan layak,” katanya.
Ditanya mengenai pemilihan Sherry AlHadad sebagai hos ketiga, Norzeha mengakui keserasian di antara mereka bakal memberikan kelainan.
“Terdapat beberapa nama yang dicadangkan pihak AME, termasuk yang pernah mengacarakan anugerah ini.
“Bagaimanapun kami percaya kehadiran Nabil Ahmad dan Jihan Muse bakal memberikan sesuatu yang lebih segar seterusnya menghangatkan pentas AME tahun ini,” katanya lagi.
AME2021 turut disiarkan menerusi Astro 4K UHD, Astro Go, On Demand dan Sooka.
Acara kemuncak AME2021 pula bakal dimeriahkan dengan persembahan istimewa oleh penyanyi tersohor yang mewakili generasi ‘lejen’ dan ‘BBNU’ seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Noraniza Idris, Bunga, Yonnyboii, Zynakal serta ramai lain.
Berikut senarai Calon Top 5 Anugerah Meletop Era 2021 (AME2021):
Penyanyi Nita Hamzah, merakamkan ucapan penghargaan buat rakan selebriti, Alyah yang merupakan individu bertanggungjawab merialisasikan impiannya untuk menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah, baru-baru ini.
Menurut Nita, Alyah merupakan seorang sahabat yang sangat pemurah dan sentiasa menginginkan yang terbaik buat orang-orang di sekelilingnya.
Katanya lagi, tanpa bantuan Alyah, tidak mungkin dia dapat menjejakkan kaki ke rumah Allah itu.
“Umrah yang tak dirancang. Assalamualaikum post ini adalah istimewa buat seseorang yang selalu nak saya berjaya, nak saya senang dan yang paling penting nak bawa saya ke rumah Allah SWT
“Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah syukur dengan izin Allah SWT saya telah dipanggil ke rumah Allah SWT. Kalau mengikutkan kemampuan saya, belum mampu untuk kesana,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu, Hadirah Cinta itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Dalam pada itu, Nita turut menambah, dia juga berasa amat bertuah kerana dikurniakan sahabat yang sanggup menerima baik dan buruknya selama ini.
Jelasnya lagi, dia juga merasakan jasa Alyah amat besar buat dirinya dan tak mungkin akan terbalas.
“Tetapi disebabkan saya dikurniakan seorang sahabat yang Allah SWT hantar kepada saya, apa yang saya impikan tercapai jua walaupun saya bukanlah seorang sahabat yang sempurna tapi dia menerima saya seadanya saya.
“Sepanjang di Makkah di depan Kaabah nama you langsung tak ditinggalkan atau lupa. Dear Noor Hasliah Abu Hassan, hanya Allah SWT sahaja dapat membalas apa jua yang lakukan buat I. Tak terbalas dibuatnya,” kongsinya lagi.
Dikesempatan itu juga, Nita turut berharap agar persahabatan mereka ini akan berkekalan hingga akhir hayat.
“Hanya Allah SWT sahaja tahu betapa sayangnya i dekat you. Maafkan I sekiranya I tidak sempurna sepanjang persahabatan kita. Semoga Allah SWT sahaja membalas kebaikan sahabat ku ini,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut kagum nilai persahabatan yang ditunjukkan oleh Nita dan Alyah.
Difahamkan, Nita kini telah pun pulang ke tanah air dan sedang menjalani tempoh kuarantin wajib.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Nita Hamzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Program Kembara Awish & Juju bakal memaparkan Awish bersama pupet, Juju bersama rakan-rakan lain mengembara ke beberapa destinasi sambil berkongsi ilmu bersama penonton.
Jangan ketinggalan untuk menonton siri lawatan mereka ke pusat konservasi penyu Terengganu, ladang teh di Cameron Highland selain menjejakkan kaki ke muzium tertua di Malaysia di Taiping, Perak.
Menerusi rancangan yang sedang ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis di TV1 pukul 4.30 petang itu, mereka mengembara ke serata pelosok negara untuk menambahkan pengetahuan selain dapat merasai pengalaman baharu.
Bagi penerbit, Anuar Che Embi, beliau menyifatkan perjalanan yang dilalui oleh Awish, Juju dan beberapa rakan-rakan yang lain memberikan perspektif baharu kepada kanak-kanak serta memberikan pengetahuan kepada mereka tentang tempat menarik yang ada di dalam negara.
“Selama ini kita hanya melihat banyak rancangan travelog khusus untuk orang dewasa sahaja tetapi kali ini kita bawakan kelainan dengan memberikan pengalaman kepada kanak-kanak untuk menjadi teraju utama pula.
“Jadi kita fikir watak Awish perlu ada teman. Kita masukkan watak Juju yang juga merupakan pupet yang ceria dan menghiburkan sebagai teraju utama yang akan bercerita pelbagai perkara bersama,” kata penerbit yang sudah berpengalaman luas ini lagi.
Sepanjang penggambaran berlangsung, Anuar dapat melihat sendiri kegembiraan kanak-kanak yang terlibat apabila dapat merasai pengalaman baharu seperti memetik epal dan daun teh, melihat penyu dan gajah serta menambah pengetahuan baharu apabila menjejakkan kaki ke muzium dan pusat sains.
“Ini yang cuba kita semarakkan dengan menerbitkan Kembara Awish & Juju. Kita juga mahu mereka yang menonton dapat pengetahuan dan teruja untuk melawat lokasi menarik dalam negara selain daripada memberikan mesej positif kepada semua,” katanya.
Watak Awish dimainkan oleh Armand Darwish Anuar yang juga merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Melawati 2.
Watak Alisya dilakonkan oleh Aleesha Qaisara; Asadel (Muhammad Asadel Mikael); Marissa (Ariana Marissa); Bavishan (Bavishan Nair) dan Stacy (Ilyn Loh).
Sementara watak Juju pula dimainkan oleh Meor Mardzuki yang berpengalaman luas dalam seni pupet dan menggunakan suara Farish Andika.
Tambahnya lagi, dia terfikir untuk menerbitkan rancangan yang mengangkat watak pupet kerana sudah tidak banyak lagi rancangan sebegitu yang diketengahkan hari ini. Kebanyakan penerbit sudah beralih kepada animasi dengan menghasilkan kartun dan sebagainya.
“Bagi generasi terdahulu pupet bukan asing bagi mereka memandangkan ada rancangan sebegitu diterbitkan. Kita cuba menghidupkan semula peranan pupet untuk memberikan pengalaman baharu kepada kanak-kanak bawasanya hiburan ini luas.
“Tapi menerusi Awish dan Juju, kita suntik elemen travelog berbanding hanya duduk di studio seperti kebiasaan. Ini bukan sahaja dapat menambahkan pengetahun kanak-kanak tentang tempat menarik di serata negara tetapi dalam masa yang sama menyuntik nilai murni kepada semua,” kata pemilik produksi Ace TechnoScience Sdn Bhd ini lagi.
Menariknya, Kembara Awish & Juju ini mendapat sambutan hangat daripada penonton sejak ditayangkan beberapa minggu yang lalu. Diterbitkan sebanyak 13 episod, mereka menjelajah ke 13 lokasi yang akan memberikan dimensi baharu kepada penonton.
Antara lokasi yang dilawati termasuklah Zoo Taiping, Perak; Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang; Muzium Tentera Darat, Port Dickson dan beberapa lokasi menarik di Melaka.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Satu posting terkini daripada penyanyi, Intan Sarafina di Instagram mencuri perhatian para peminat.
Menerusi hantaran yang dimuat naiknya pada Ahad, peserta program Gegar Vaganza musim ketiga itu tampil menggayakan imej berhijab sambil mengukir senyuman yang dirakam secara ‘selfie’.
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...