Selepas lama tidak muncul di media sosial, penampilan terkini adik kepada hos dan usahawan terkenal, Neelofa iaitu Ameera Khan baru-baru ini nyata mengubat rindu ramai.
Difahamkan, Ameera sekeluarga hadir ke sebuah majlis perkahwinan ahli keluarganya baru-baru ini. Lalu, kelibatnya turut dirakam tetamu yang hadir.
Menerusi Instagram peminat Neelofa, beberapa foto sekitar turut dikongsikan buat tatapan ramai.
“Ramai rindu Ameera kan? So, nah belanja gambar yang ada Ameera,” kapsyen yang tertera pada foto yang dimaksudkan.
Lalu menerusi ruangan komen pada entri sama, ada peminat lain yang turut bertanya ke mana usahawan dan bintang media sosial itu ‘hilang’ selama ini selepas bertindak menyahaktifkan akaun media sosialnya, tahun lalu.
Ads
Terdahulu menerusi MH, Neelofa pernah memberitahu adiknya itu perlukan ruang untuk membesar sebagaimana para remaja lainnya.
Ads
Bintang asal Kelantan itu bagaimanapun memberitahu adiknya itu akan kembali aktif di media sosial tidak lama lagi dan meminta ramai supaya menghormati keputusan adiknya itu.
Ameera sebelum ini turut sinonim sebagai Little Miss Khan menerusi platform media sosial.
Foto: Instagram lofa.world
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas viral mengenai aksinya tariannya yang dikatakan ‘over’ oleh sesetengah pihak, Sherry Al-Hadad sekali lagi, bintang versatil ini ‘buat hal’, ketika menjalankan pengambaran sitkom 3 Dara Pingitan.
Menerusi salah satu babak yang sedang menjalani penggambaran itu, Sherry dirakam sedang asyik menari sambil dilatari dengan lagu dangdut popular Indonesia, Goyang Dua Jari.
Memuat naik sedutan penggambaran di Instagram miliknya, Sherry pada awalnya hanya menari di atas lantai sebelum ‘naik sheikh’ dengan menari di atas kerusi kayu dengan begitu bersemangat.
Selang beberapa saat menari, kerusi tersebut dipercayai patah dan Sherry turut sama terjatuh.
Pada masa sama, rakan pelakon yang turut sama terlibat di dalam program berkenaan sempat merakam aksi spontan itu sambil berkata kepada krew ‘kenapa gelak?’
“Sifat penyayang @sharifah_sakinah yang ramai tak tau. Dia marah orang gelakkan makcik dia tau!! Jangan risau kerusi tu ada insurance,” tulis Shrry menerusi ruangan kapsyen.
Lalu, rata-rata peminat cukup terhibur dengan gelagat bintang tersebut, apatah lagi ia dirakam secara spontan.
Terdahulu, Sherry ada membuat permohonan maaf atas aksi menari keterlaluan dalam satu rancangan televisyen yang disiarkan di saluran tempatan baru-baru ini.
Jelasnya, tindakannya itu sekadar menghiburkan dan tidak sengaja dilakukan hingga menimbulkan rasa kurang senang bagi sesetengah netizen.
Foto: Instagram Sherry Alhadad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Biarpun tidak pernah memiliki cinta agung atau kisah romantis, namun ulas Joy Revfa, dia sangat bertuah memiliki cinta terhebat daripada seorang wanita yang bergelar ibu.
Menitipkan kata-kata indah buat ibu sempena hari lahir, bekas isteri Hafiz Hamidun ini turut mendoakan agar perjalanan ibunya ke Tanah Suci dipermudahkan.
“Aku tidak pernah miliki kisah cinta teragung seperti Zulaikha & Nabi Yusof as .. tidak pula seindah cerita cinta Shah Jehan & Mumtaz Mahal .. apatahlagi seromantis Putera Harry & Megan Markle.
“Tetapi aku terasa sgt bertuah kerana memiliki cinta terhebat dari seorang wanita yg mencintai aku tanpa syarat apa pun dan disitu Syurga bersemayam di kaki nya… iaitu cinta sejati dari seorang ibu.
“Happy Birthday ibu.. ( 19.1.2020 ) kakcik & arryan sayang sgt ibu. Semoga perjalanan ke tanah suci dipermudahkan Allah swt. Jgn lupa shopping kan jubah2 cantik utk anak mu ini. (menyempat) .
Pelakon terkenal Fattah Amin bersyukur atas rezeki yang semakin melimpah ruah dalam industri hiburan selepas melalui fasa perpisahan.
Menurut Fattah, pelbagai peluang baharu telah hadir termasuk dalam bidang lakonan, perniagaan, serta tawaran sebagai duta produk dan jenama.
“Syukur sebab saya pun tidak sangka untuk tahun baru 2025 ini. Orang cakap kita mulakan dengan langkah kanan.
“Rezeki yang datang ini pun bukanlah untuk saya seorang, tetapi untuk dikongsi. Jujurnya memang tidak sangka.
“Alhamdulillah, Allah memberikan saya rezeki dalam bidang lakonan, perniagaan dan pelbagai jenama juga datang untuk menjalinkan kerjasama,” katanya.
Bapa kepada seorang cahaya mata ini menambah, dia dan pihak pengurusan menyambut baik setiap peluang yang hadir. Namun, setiap tawaran yang diterima tetap melalui proses penilaian terlebih dulu.
“Kita tak hadkan rezeki, tapi pada masa yang sama, kita memilih tawaran yang datang. Kita terima rezeki yang datang dan kami menapis apa yang sesuai dan tidak sesuai.
“Kami memilih jenama yang dipercayai, misalnya daripada sudut kualiti produk, bagaimana ‘branding’ mereka, perancangan untuk pemasaran dan sebagainya.
“Itu perkara yang saya dan pihak pengurusan berikan fokus sebelum menerima sesebuah tawaran,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Rissa Skin di Hotel Royal Chulan, Damansara, pada Sabtu.
Fattah yang sebelum ini telah berjaya membawa kejayaan kepada Putey Whitening Coffee, kini diberi tanggungjawab baharu sebagai wajah rasmi untuk produk krim malam Rissa Skin.
Karisma dan kredibiliti Fattah Amin bukan sahaja memperkukuh jenama Rissa Skin tetapi juga memberikan keyakinan kepada pengguna terhadap keberkesanan produk yang ditawarkan.
“Alhamdulillah, saya sangat teruja dan bersyukur dilantik sebagai duta untuk Intensive Repair Night Cream Rissa Skin. Saya harap dapat memberikan yang terbaik dalam peranan baru ini.
“Harapan saya, melalui kerjasama ini saya dapat bantu untuk tingkatkan lagi jenama Rissa Skin,” katanya.
Majis perlantikan itu menyaksikan Bell Ngasri dan Fiza Frizzy mengendalikan acara sebagai hos, yang turut dihadiri oleh Haji Ahmad Shah Rizal selaku Pengasas Rissa Skin bersama isteri.
Acara turut dimeriahkan dengan persembahan oleh Amira Othman yang menyampaikan beberapa buah lagu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sejak memulakan kerjaya sebagai pengacara televisyen pada tahun 2007, hos Malaysia Hari Ini (MHI) dan pembaca berita, Fadzly Fuad, tidak pernah berkecil hati meskipun...