Enggan terus berteka-teki, pelakon Amelia Christie mendedahkan dirinya kini sudah kembali ‘single’ dan tidak menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki.

Menurut Amelia, dia tidak kisah untuk menjawab persoalan tersebut dan tidak mahu berselindung lagi mengenai statusnya itu.

Amelia Cari Lelaki Sopan Santun & Baik Hati

“Saya kini single. Saya tak kisah pun nak jawab sebab kita kena bagitahu yang kita single,” katanya.

Amelia berkongsi perkara itu semasa ditemu bual satu jenama tudung yang menggunakan khidmatnya selaku model di aplikasi Tik Tok.

Ads
@adeline_hq Amelia org yg baik sangat , memudahkan org sekeliling, sehari bersama Amelia pn terus rasa sayang😘 #adelinehijab #ameliachristie ♬ original sound – Adeline Hijab

Pada masa sama, Amelia turut berkongsi ciri-ciri lelaki idaman yang ingin dijadikan pasangan hidup.

“Saya suka lelaki yang betanggungjawab, sopan santun dan baik hati,” jawabnya ringkas.

Ads

Amelia Cari Lelaki Sopan Santun & Baik Hati Amelia Cari Lelaki Sopan Santun & Baik Hati

Sebelum ini, Amelia dikaitkan sedang menjalani hubungan istimewa dengan aktor terkenal, Sharnaaz Ahmad.

Ads

Bagaimanapun, ketika ditemui MH sebelum ini, Sharnaaz memaklumkan dia tidak pernah mengiyakan hubungannya dengan Amelia.

Malah, Sharnaaz juga enggan memberikan sebarang komen susulan dia dan Amelia dilihat sudah tidak mengikuti akaun masing-masing di Instagram.

Jelas Sharnaaz, dia kini hanya mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap kerjaya dan anak lelaki tunggalnya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI