Pelakon dan model, Amelia Henderson meleraikan spekulasi, seterusnya menjelaskan mengenai hubungannya dengan anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalid tidak lebih daripada kenalan.
Amelia berkata, susulan spekulasi yang timbul, dia serba-salah apabila nama Aazief tiba-tiba dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengannya sedangkan masing-masing kali pertama bertemu pada konsert Siti yang berlangsung di Genting Highlands, bulan lalu.
“Saya dan Izara Aishah (menantu Siti) memang berkawan baik. Malah setiap kali berjumpa dia akan melayan saya dengan baik. Jadi, kami ada bertemu di sebuah acara dan dia ada hubungi saya, mengajak untuk sama-sama menonton konsert Siti di Genting Highlands.
“Sudah tentu saya bersetuju, siapa yang tak mahu? Jadi saya ke Genting ditemani adik lelaki dan seorang lagi rakan perniagaan. Ahli keluarga mereka sangat mengalu-alukan kehadiran pihak saya dan mereka sangat baik.
“Malah bila saya menonton persembahan Datuk Siti secara langsung pun, saya macam tergamam. Dia ikon dan bintang legenda, kebanyakan kita pun membesar dengan rangkaian lagu-lagunya.
Ads
“Apa pun, saya sedar ada netizen yang buat spekulasi. Saya rasa macam kasihan pula pada Aazief sebab kebetulan, kami duduk bersebelahan dan wajah kami ada pula dalam video yang dimuat naik kakak ipar Aazief iaitu Tya Ariffin.
“Bila jadi begitu, saya tak tahu macam mana nak minta maaf pada pihak Aazief sebab secara tak sengaja, saya sudah babitkan dirinya dalam situasi ini,” katanya.
Ads
Amelia bagaimanapun akui tidak boleh menutup telahan netizen susulan perkara yang berlaku.
“Saya faham dan perkara itu (spekulasi cinta) sudah biasa bila terjun dalam industri seni ini. Misalnya kalau saya berlakon dengan mana-mana pelakon lelaki, akan ada yang ‘kenenkan’ saya lagi. Jadi sampai ke sudah saya akan terus ‘dikenenkan’.
Ads
“Cuma saya nak jelaskan walaupun kami duduk bersebelahan, tak semestinya kita jatuh cinta atau berkawan. Saya percaya dia pun mesti terkejut dengan apa yang berlaku,” katanya lagi.
Amelia turut akui mereka saling bertemu buat pertama kali hanyalah pada malam konsert tersebut berlangsung.
Terdahulu, timbul gosip mendakwa Aazief dan Amelia kini menjalin hubungan istimewa selepas mereka dilihat hadir ke konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza di Genting Highland pada 11 Ogos lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Drama Silang yang mengetengahkan kisah pemuda disleksia lakonan Emma Maembong dan Nazim Othman menerima pujian netizen kerana memaparkan realiti hidup yang jarang diketengahkan.
Namun menjengah di Instagram Sheila Rusly, ada pengguna media sosial yang mengkritik hasil penerbit popular ini.
Ada yang mendakwa, terdapat fakta yang ditonjolkan tidak benar.
“Anak disleksia tak gagap. Dan anak disleksia takde lah smpai ade masalah memori. Agak agak lah sis nak create awareness pada disleksia pun.
“Sakit hati pulak tengok cerita ni bila faktanya tak amek betul betul tapi hanya amek secara ringan je. Betulkan sikit ye lepasni nak buat cerita anak anak oku pun,” tulis individu berkenaan.
Namun, pengacara rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan ini pula membalas reaksi, dia telah melakukan kajian dan tidak pernah menerbitkan drama ‘syok sendiri’.
“@kekasih.by.themelvinsawak ingat dyslexic ada 1 sintom jer. Kami jugak buat research. Nak komen pun jaga lah adap. Awak ingat saya buat cerita syok sendiri ke? Tak suka jgn tengok abaikan atau buat drama version awak saya pulak nak tengok😅Boleh?” tulisnya.
A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on
Walau bagaimanapun, rata-rata netizen cukup terkesan dengan penyampaian Silang yang disifatkan cukup menyentuh hati, apatah lagi mereka sendiri punya anak disleksia.
Foto : Instagram Sheila Rusly
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Zul Yahya mengakui berasa sangat geram selepas memaklumkan pasar raya yang diusahakannya telah dimasuki oleh pencuri baru-baru ini.
Zul memberi tahu, hasil tinjauan menerusi kamera litar tertutup (cctv), terdapat dua individu tidak dikenali telah cuba menyelongkar kawasan belakang premisnya dan wajah mereka juga turut telah dikenal pasti.
“Allahhuakbar. Hati-hati warga Meru Raya lpoh. Penyamun berkeliaran. Semalam dua orang selongkah belakang kedai saya.
“Muka dah dapat, tunggu nak cekau je, dapat kasi ikat dekat pokok taruh semut merah dalam seluar pastu baru kasi balai.
Report sudah bikin tapi hati-hati sahabat-sahabat niaga jangan buka peluang untuk penyamun-penyamun ni,” kongsinya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Gerak Khas itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Zul turut menyeru rakan-rakan peniaga yang lain agar turut sama berhati-hati dan jangan sesekali memberi ruang kepada pencuri-pencuri ini.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa sangat lega kerana tiada apa-apa yang serius berlaku dan berharap agar kejadian seperti ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang.
Terdahulu, pasar raya yang diusahakan oleh Zul dikhabarkan baru sahaja memulakan operasinya pada November lalu.
Sumber: Instagram Zul Yahya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sejak mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengacara, Mira Filzah mengakui penampilannya kini ditapis terlebih dahulu oleh suaminya, Wan Emir Astar.
Menurut Mira atau nama sebenar, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, suaminya mempunyai pendekatan tersendiri dalam menegur cara pemakaiannya sekiranya ‘tidak berkenan’ dengan sesuatu yang digayakannya.
“Sekarang yang bagi pelepasan Emir lah. Dia selalu tegur secara subtle (halus). Macam dia selalu kata dia nak tengok penampilan seorang ‘Puan Amirah’ bukan Mira Filzah.
“Saya merancang nak ada tiga atau empat cahaya mata. Yang anak pertama ini, memang saya dan suami merancang sampai kami dapat suntikan dos kedua vaksin.
“Sekarang, saya teruja untuk melihat perkembangan Amir, kalau boleh saya nak tengok setiap first moment dia, seronok jadi ibu ini.
“Dan saya juga banyak belajar daripada Neelofa yang sering berkongsi apa-apa maklumat dan informasi yang berguna tentang perkembangan usia awal kanak-kanak,” katanya lagi.
Sekadar info, Mira mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar yang merupakan seorang arkitek pada 3 September 2020.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Wan Khair Amir, yang dilahirkan pada 10 Mei lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Mira Filzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!