Selepas berkongsi mengenai persiapan rayanya sekeluarga yang tidak berapa senpurna gara-gara tiada tawaran lakonan selain ada pihak yang masih belum melunaskan bayarannya, pelakon Reza Hasbi menerusi Instagram baru-baru ini ada mendedahkan beberapa rakaman video yang merakamkan mengenai perkejaannya bagi meraih rezeki pendapatan.
Video tersebut merupakan video lama yang diambil beberapa sebelum Ramadan lalu.
“Aku tak malu dgn kehidupan aku seperti mereka perkatakan.. walaupon aku artis tapi aku sedar dimana aku dulunya.. aku maafkan mereka yg memperlekehkan kehidupan aku..
“ni mase aku takde jop sebelom pose hari tu.. aku ambik upah buat siling rumah org.. nampak tak atas kepala aku tu.. itu la hasil tangan aku.. aku tak malu berpakain seperti itu.. aku tak malu badan aku bau ketiak,” tulisnya.
Kongsi Reza lagi, dia hanya mencari rezeki buat keluarga dan turut memaklumkan masih ada yang mendoakan dan membantu.
“Aku cari rezeki utk anak isteri aku.. jgn disbbkan perkataan aku rase mcm nk mintak zakat korg memaki hamun aku ikut sesuka hati.. aku maafkan dgn senang hati sbb ramai sangat yg nembantu dan mendoakan aku.. sayang korang semua,” maklum Reza.
Foto: Instagram Reza Hasbi