Amira Othman Perjelas Fasal Kentut, Minta Semua Bertenang!

Share

Penyanyi dan pelakon, Amira Othman baru sahaja memuat naik entri menerusi Instagram, berhubung suatu artikel yang telah disiarkan menerusi sebuah portal.

Kata Amira dia meminta peminat supaya membaca isi kandugan artikel berkenaan terlebih dahulu.

“Ok bawak bertenang ya semua. Penuh notification ? ni lah bahaya kalau headline mencetus cerita cerita lain. Biar sy explain ye. Tk senonoh ye ckp psl kentut.

“Kebanyakkan fans yg tanya selain tentang make up, ada juga yg tanya ‘sy ada wudhuk tp kalau nk kentut sy susah nk jaga menyebabkan sy terus tk solat’ soalan ni sy dah refer pada ustaz @syedkadir sebelum sy share dgn awk semu,” tulisnya.

Pada masa sama, penyanyi lagu Mimpi Indah ini juga menambah dia berkongsi perkara tersebut bukan kerana dirinya mahu dilihat baik, sebaliknya hanya ingin berkongsi kepada mereka di luar sana untuk sama-sama menjadi lebih baik.

“Kalau awk tak tahan kentut menyebabkan awk tk solat, maka WAJIB tahan kentut k! Headline pun kemain ni? sy mohon korg baca isinya. Jgn ambil yg negative. Kalau awk org lelaki mungkin awk lebih mudah jaga wudhuk, utk prmpuan yg kerjanya 24jam make up, sy fhm struggle nya nk ubah diri jd lebih baik. Jd ambil lah yg elok, yg tk elok tk usahlah di ambil.

“Of course lah tahan kentut saja2 tak bagus. And ustaz kata solat dlm keadaan camtu makruh. Tapi daripada tak solat semata2 sbb wudhuk dah batal and takleh ulang wudhuk, maka baik tahan wudhuk tu.

“Sy share bukan sbb sy baik, sy cuma kongsi apa yg anda tanya supaya kte sama sama boleh usaha jd yg lebih baik. Ok dah sabar semua hari jumaat ni jgn rungsing2 k ? benda kecik je jgn stress2 tau,” akhirinya.

Foto: Instagram  Amira Othman

Published by
Rafiq Mazlan