Awal-awal sudah berikan pesanan di laman Instagram, Faezah Elai memberitahu sekiranya ada yang terserempak dengannya ketika di kampung halaman, jangan sesekali terkejut dengan penampilannya.
Ini kerana, penampilannya di luar yang cukup berbeza dengan apa yang ditampilkan di laman sosial mungkin menyebabkan ada yang terkejut.
Tegasnya lagi, dia seorang yang cukup jarang mengenakan solekan kecuali untuk majlis tertentu.
Ads
“Ampa klu jumpa Pijah Elai tu, jgn terkejut. Boh kt IG caption, yeayy nk balik Kampong!! Pastu ampa pon komen lah,nk balik kampong pon cantik.
“Eh2 pijah,tk penah tk cantik.. Tetiba ampa terjumpa kt R&R baru keluaq jamban tediaaa muka pijah elai baru lepaih basuh berak anak.
Ads
“Qhupanya gambaq kt ig tu gambaq throw back. Seblom ampa mengata hakak,hakak buat confession dulu. so klu ada terjumpa mau dok buat relax.
“Hakak nk makeup sebulan sekali pon payah kecuali ada occasion.. mmg payah nk jumpa pijah elai ngan makeup. Ok bye,” tulisnya panjang lebar.
Drama rantaian, Setelah Terlafaznya Akad yang dibintangi dua pelakon utamanya, Kamal Adli dan Uqasha Senrose telah pun melabuhan tirainya semalam dengan pengakhiran yang ‘happy ending’, sekali gus membuatkan ramai pencinta drama tempatan berpuas hati.
Mendapat reaksi pelbagai peminat, tidak dinafikan drama bersiri arahan Michael Ang itu menjadi antara drama rantaian paling popular tahun ini.
Lalu bersempena dengan episod akhirnya itu, para pelakon tidak lekang untuk memuat naik foto bersama, seterusnya memberikan kredit serta ucapan terima kasih buat peminat yang mengikuti dan memberi sokongan.
Heronya, Kamal Adli turut tidak lepaskan peluang untuk memberikan penghargaan serta dedikasi kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan drama 28 episod ini.
“TQ so muchhhhh semua!!!! team #setelahterlafaznyaakad kami labuhkan tirai drama ini. tq semuaa!! tq astro, director @michaelang38 team produksi, crew semuaaa!!
“my heroin @uqashasenrose2 tq soo much ! semua pelakon2 hebat yg lain! tq sgt2! sy harap anda happy n puas hati dgn karya kali ini. maaf kalau ada yg kurang dr segi persembahan kami.. Allah bless u all!,” tulis Kamal.
Sementara itu menerusi ruangan komen pula, para peminat kebanyakannya memberikan respon positif terhadap drama tersebut. Malah ada yang meminta agar drama ini diteruskan untuk edisi ‘Setelah Terlafaznya Akad Raya’.
Foto: Instagram Kamal Ali, Uqasha Senrose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
ya Bersempena dengan ulang tahun kelahiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamadhari ini, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ada menitip ucapan buatnya.
Ucapan istimewa TokTi dilakukan dalam bentuk video dengan nyanyian ‘Allah Selamatkan Kamu’.
“Assalamualaikum, pada kesempatan ini, saya, suami dan keluarga ingin mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad (10 Julai) dan YABhg Tun Dr. Siti Hasmah (12 Julai).
“Semoga Allah sentiasa melindungi Tun berdua, dikurniakan kesihatan dan keberkatan usia.
“Selamat Hari Lahir Tun berdua ❤❤. @chedetofficial,” titip TokTi.
Lalu, netizen telah memberikan pujian terhadap kemerduan suara TokTi,meski hanya menyanyikan lagu sedemikian.
Untuk makluman , Tun M dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Aliturut berkongsi bulan yang sama (Julai) kerana ulang tahun mereka selang dua hari sahaja.
Kami dari team MH turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah. Semoga sentiasa berada dalam lindungan yang maha Esa.
Video/Foto: Instagram CTDK, Tun M
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan penyampai radio, Fizi Ali mendedahkan diri kini sudah tidak tahan lagi dengan penyakit bisul yang dialaminya sejak beberapa tahun yang lalu.
Jelas Fizi, pelabagai usaha telah dia lakukan termasuklah dengan menjalani pembedahan namun, penyakit tersebut tetap kembali semula.
“WARNING!! Jangan slide kalau anda seorang yang takut dengan darah-darah atau nampak lubang-lubang di anggota badan.
“Assalamualaikum..nak bagitahu awal-awal ni post berkenaan penyakit bisul. Sejak umur meningkat 30an ni kerap sangat terkena bisul. Pernah sampai kena tahan dekat wad buat operation sebab bisul.
“Ingatkan tu yang terakhir baru-baru ni jadi lagi dekat kaki. Sakitnyaa ya amat!! Tuhan je tau. Pergi la klinik apa yang doktor buat dia akan korek sampai keluar semua nanah tu,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh penyampai radia Suria FM itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Fizi memaklumkan dia kini terpaksa menahan kesakitan apabila penyakit bisulnya itu dikatakan telah kembali menyerang bahagian peha dan ketiaknya.
“Sekarang beransur okay tapi nak dijadikan cerita dua tiga hari lepas tumbuh dekat tempat lain.
“Kali dia dua tempat terus dia serang. Satu dekat ketiak satu lagi dekat peha. Pelik kenapa kerap pulak jadi. Ada orang cakap sebab darah kotor, ada yang cakap sebab alahan makanan laut..entah la.
“Sesiapa yang tau atau ada pengalaman macam saya boleh tolong share tak. Macam mana nak rawat atau cara supaya tak kena dah bisul ni..tak tahan dahh,” ujarnya lagi.
Dikesempatan itu juga, suami kepada pelakon, Shakilla Khoriri ini turut menyeru kepada mana-mana pihak untuk berkongsi dengannya mengenai cara merawat penyakit tersebut.
Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut selain turut mendoakan semoga Fizi menemui jalan untuk merawat penyakit tersebut.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Fizi Ali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!