Selepas bernikah dan bersanding di Kuala Lumpur pada 8 September yang lalu, kini pelakon Syurga Yang Tak Dirindukan, Laudya Cynthia Bella bersama suami, Engku Emran telah melangsungkan majlis resepsi di Indonesia baru-baru ini.
Apa yang menarik ketika majlis berlangsung, Bella telah mendapat kejutan daripada penyanyi lagenda Malaysia, Amy Search.
Jauh terbang ke Bandung, Indonesia, Amy telah menyanyikan lagu lagendanya dan hampir sama dengan nama Bella iaitu, lagu Isabella tanpa pengetahuan kedua mempelai.
Orang yang terlihat paling terharu adalah bapa Bella yang duduk di samping Bella pada malam itu dengan segera bangun berdiri dan memeluk Amy.
Lagu itu dibawakan sangat berharga buat Bella dan keluarga kerana memiliki hubungan istimewa dengan diri Bella secara peribadi. Katanya, lagunya itu merupakan inspirasi ibu bapanya untuk memberikan nama.
Malah, Bella dan Emran juga berpelukan dengan pelantun lagu Isabella itu. Suasana juga semakin meriah apabila para undangan juga ikut menyanyikan lagu tersebut.
Kejutan ini juga memjadi buah mulut media di Indonesia. Rata-rata berkata lagu ini merupakan lagu kegemaran mereka di Indonesia. Wow, bukan calang-calang seorang penyanyi boleh memikat halwa telinga ramai.
Selain Amy, penyanyi cantik Indonesia, Bunga Citra Lestari juga turut menyumbangkan suaranya dengan menyanyikan lagu Cinta Sejati untuk menghiburkan para tetamuyang hadir.
Di sepanjang majlis berlangsung, ramai rakan artis yang turut meraikan pasangan itu antaranya termasuklah Nora Danish,Bunga Citra Lestari, Zaskia Sungkar, Melly Goeslow dan ramai lagi.
Di sini juga MH Online kongsikan beberapa gambar sepanjang majlis berlangsung :
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI