Amyza Aznan Dedah Saling Berteman Dengan Sharifah Shahirah Di Bilik Bersalin, Akui Ada Peluang Hamil Sekali Lagi

Share

Pelakon dan hos, Amyza Aznan ada membuat dedikasi bersempena dengan sambutan Hari Ibu, semalam.

Bagaimanapun, ucapan yang dibuat bintang itu agak unik kerana ia ditujukan buat sahabat baiknya, pelakon Sharifah Shahirah.

Dedah Amyza, mereka berdua sebenarnya asyik ‘berteman’ di bilik bersalin setiap kali masing-masing menyambut kelahiran cahaya mata.

“Happy mother’s day tau tau tau tau…. dia yg selalu temankan kak kaaia have have dlm labour room. Jadi lps dia beranak..aku beranak.. pastu dia beranak, aku beranak lagi plak..dia plak beranak.

“Kiranya macam bergilir gilir koo. lps tu last anak aku dgn anak dia share the same date ,on the 5th nov but diff year. 2014 n 2015 ayden & adeena @shieraijoy.

“CUMA DIA DAH IKAT, SO X BLE BERANAK LAGI. KAK KAAIA JE ADA CHANCE SORANG LAGI,” tulisnya panjang lebar.

Lalu menerusi ruangan komen, Sharifah Shahirah turut meninggalkan komen berbentuk throwback mengenai kisah mereka berdua.

Foto: Instagram Amyza Aznan

Published by
Rafiq Mazlan