Pelakon Amyza Aznan meluahkan rasa sedih atas pemergian sahabatnya, Mya Ruslee dipercayai akibat kanser siang tadi.

Malah, bintang itu memaklumkan bahawa dia sudah lama mengetahui kesakitan yang dialami penyanyi yang sinonim menerusi lagu Matahari itu.

Ya Ayalija.. Masa ni siapa pun tak tahu Aya sakit kan. Tapi harini Aya dah tak sakit lagi kan.

Ads

“Aku tunaikan amanah aku pada kau. Rahsiahkan sakit kau. Tapi hari ni pls bg aku jmp kau,” tulisnya sambil memuat naik video arwah ketika nersaing di pentas Gegar Vaganza (GV5).

Ads

Video tersebut dinyanyikan Mya atau lebih dikenali sebagai Maya Matahari ketika menyampaikan lagu Hilangkan Segalanya nyanyian asal Farawahida di minggu kedua GV5.

Ads

Terdahulu, Mya, 43, meninggal dunia selepas pulang dari China bagi menjalani rawatan di sana.

Foto: Instagram Amyza Aznan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI