Pelakon Mawar Rashid kini sedang hamil anak sulung hasil perkahwinan dengan Presiden Kelab Bola Sepak Manchester United Malaysia, Raden Ahmad Faizal Yaakob atau lebih dikenali Raf Yaakob.
Bagaimanapun, ada sahaja mulut netizen yang menganggap bahawa Raf sering mengetepikan dua orang anaknya iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela hasil dari perkahwinan terdahulu.
Tidak hanya berdiam diri, Raf telah membuka mulut berkenaan isu tersebut menerusi akaun Instgramnya.
“Ada jugak suara sumbang yg DM & comment kat IG Wall Raff ckp “nanti bila Raf da ada baby with Mawar, anak2 lain diketepikan,” Sabar je la manusia zaman sekarang ni,”
Anak saya 3 ke 30 ke saya tetap sayang dorang.. Yes! I might not see my kids everyday, but kasih sayang pada mereka berdua takkan pernah pudar sampai bila2.. Both of them will be equally love, together with all my kids,” jelasnya jujur.
Dalam pada itu, mawar juga turut memberi respon kepada suaminya itu.
“Takde siapa tahu hati kita selain Allah S.W.T. Siapa kita untuk menilai manusia. Yg penting kita satu keluarga saling menyanyangi sama rata. InsyaAllah, Allah akan berikan kebahagiaann & rahmat in our family,” balas Mawar.
Susulan itu, netizen turut mendoakan kebahagian mereka sekeluarga.
Untuk rekod, Raf dan mawar telah mendirikan rumahtangga pada November tahun lalu.