Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu, menitipkan ucapan istimewa bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-40 menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Menerusi perkongsian tersebut, Jep atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Zainal, turut memberi bayangan dua anaknya, Khidir dan Abu Bakar, berkemungkinan berada dalam spektrum autisme (ASD).

Menyifatkan detik itu sebagai momen penuh emosi, Jep meluahkan rasa syukur atas anugerah yang diterimanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jep Sepahtu (@jepsepahtu)

“Harini genap usiaku yang ke-40 tahun. Baru sahaja tadi aku mendapat hadiah yang membuat air mata aku tak berhenti mengalir. Syukur Alhamdulillah di atas pemberian ini,” tulisnya.

Walaupun tidak menjelaskan secara terperinci tentang keadaan sebenar anak-anaknya, Jep turut menggunakan tanda pagar #AnakAbah, #AnakSyurga, dan #Autisme, memberi isyarat jelas tentang situasi yang sedang dihadapinya.

Amanah Besar

Dalam pada itu, Jep yang juga penyampai radio berkongsi keyakinannya bahawa setiap ketentuan yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri.

Ads

“Anak Abah, Anak Syurga,” – 2 Permata Hati Diagnosis Autisme, Ucapan Bermakna Jep Sepahtu Sempena Ulang Tahun Ke-40

Malah sebagai seorang bapa, dia berjanji untuk menjalankan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin dan akan membesarkan anak-anaknya dengan penuh rasa cinta dan syukur.

“Ternyata sangkaan baik ku selama beberapa tahun ini akan terus menjadi sangkaan baik sepanjang hidup.

“Akan aku jaga amanah ini dengan penuh rasa syukur, cinta, kasih dan sayang. Khidir dan Abu Bakr seindah nama mu,” kongsinya lagi.

Sokongan Padu Warganet

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak turut menitipkan kata-kata semangat serta doa buat Jep dan keluarganya.

Ads

“Anak Abah, Anak Syurga,” – 2 Permata Hati Diagnosis Autisme, Ucapan Bermakna Jep Sepahtu Sempena Ulang Tahun Ke-40

Selain mengucapkan selamat hari lahir, warganet turut mengangkat anak-anak syurga sebagai pembawa rezeki dan rahmat dalam kehidupan.

Antara komen yang menarik perhatian termasuk;

“Sekapal kita bang. Insya-Allah semuanya baik-baik. Ada anak syurga dalam rumah. Tak semua orang dapat.”

Ads

“Merekalah asbab rezeki Jep dan keluarga selalu lancar. Insha-Allah. Jaga amanah Allah ini sebaiknya.”

Untuk rekod, Jep mendirikan rumah tangga bersama pelakon Sari Yanti pada 25 Februari 2017.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata bersama iaitu Dariya Inara, Muhammad Khidir, dan Abu Bakr.

Sari Yanti juga memiliki dua anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu, Barr Al-Aliy dan Baasit Al-Haq.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Sumber & Kredit Foto: Instagram Jep Sepahtu

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI