Selepas bergelar seorang ibu, penyanyi Shila Amzah kini dilihat lebih gemar berkongsi perkembangan anak pertamanya, Seth Uwais.
Lalu Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amzah ada berkongsi mengenai pusar rambut anaknya yang tumbuh di bahagian dahi.
“Apalah maksud pusar kat betul2 depan kepala ni? @sethuwais Ada tak baby Korang yang pusar dia kat tempat lain selain dari tgh2 kepala?,” tulisnya.
Lalu, perkongsian penyanyi lagu Tiada Dirimu ini mendapat pelbagai reaksi peminat.
Malah, ada juga menyarankan agar penyanyi berusia 29 tahun itu tidak mudah mempercayai perkara karut atau tidak benar.
Untuk rekod, Shila telah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada 19 April 2018.
Selepas itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Patah Seribu telah selamat bergelar ibu, pada 31 Ogos yang lalu.
Foto : Instagram Shila Amzah