Alahai sayu pula hati MH lihat anak kepada pasangan suami isteri yang merupakan pelakon popular tanah air, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang kini berada di hospital.
Menurut satu perkongsian Aeril menerusi akaun Instagramnya, anak sulungnya, Attar demam sebaik sahaja pulang daripada bercuti di Korea.
Aeril juga memohon doa daripada semua untuk anaknya segera sembuh. Sempat juga Aeril berseloroh di kapsyennya untuk ke Korea semula.
Ramai pengikut dan peminat Aeril memberikan kata-kata doa untuk anaknya agar diberi kesihatan yang baik dan cepat sembuh.
haramain_as_enterprise: Perubahan cuaca kot…semoga cpt sembuh anknya…
fhahdila: Semoga cpt sbuh.. Maybe rindu korea lg bha itu?
melani_paraja: insyaallah semoga Attar cepat sembuh Amin
Mungkin kerana perubahan cuaca dari sejuk ke panas membuatkan kesihatan Attar terganggu. Maklumlah musim winter di Korea memang sangat sejuk dan pada siapa yang tidak tahan pasti akan rasa tak sedap badan.
MH doakan agar Attar sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan semoga cepat sembuh.
Sumber: Instagram Aeril Zafrel