Pelakon Datin Almy Nadia ada berkongsi bahawa dirinya tidak terlalu mendedahkan anak-anak dengan gajet khasnya ketika berada di rumah.
Perkara tersebut didedahkan isteri kepada pelakon, Datuk Fizz Fairuz itu menerusi salah satu entri terkininya di Instagram.
Jelasnya lagi, ini kerana apa yang ada di dalam rumah semuanya sudah sedia mencukupi.
“Saja la kan, just nak share.. anak2 kami klu kat rumah tak boleh pegang gajet,sbb dlm rumah dah ada mcm2 tv mainan,makan minuman.
“Segala makneka ada… tp dsbbkan pkp ni,papa nak tgk tv sat wwe,jd bg la anak tgk gajet sat ja.. sat ni kutip simpan balik.
“Depa anak2 pun tau,bila kat rumah NO gajet, klu kat luaq buleh bawa bincang bab gajet,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Almy Nadia (@almynadiaofficial) on
Sementara itu di ruangan komen ramai yang memuji dan bersetuju dengan cara didikan Almy dan suami.
Untuk rekod, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, Nurr Afrina Aurora, Nur Afrina Ayra serta seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah.
Foto: Instagram Datin Almy Nadia
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tewaskan Persembahan ‘Terbang-Terbang’, AJL38 Milik Amir Jahari & Kaut RM100,000
Magis filem sarat emosi, Imaginur berjaya diterjemahkan oleh penyanyi, Amir Jahari apabila lagu ciptaannya, Hasrat mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-38 yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil, malam tadi.
Kemenangan itu melayakkan Amir memenangi trofi dan wang tunai RM100,000.
Amir yang dilihat tidak dapat menahan sebak mendedikasikan kemenangan ini buat seluruh peminat dan tenaga kerja bagi lagu hasrat.
“Terima ksih kepada isteri, mak, keluarga, bandmate dan pihak pengurusan. Ini untuk kita semua,” kata Amir sebak.
Naib juara AJL 37 menjadi milik lagu Sutera nyanyian Aisha seterusnya membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi.
Malah, persembahan dengan gimik terbang turut menobatkan Aisha selaku pemenang bagi kategori Persembahan Terbaik dan membawa pulang wang tunai RM12,000.
Manakala, lagu Jangan Mati Rasa Itu yang dinyanyikan oleh Aina Abdul di tempat ketiga sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM 30, 000 bersama trofi.
Selain itu, vokal luar biasa dan persembahan memukau berkonsep ‘tree of life’ ketika mendendangkan lagu Jangan Mati Rasa Itu turut membawa tuah buat Aina apabila diumumkan pemenang trofi Vokal Terbaik dengan hadiah trofi dan wang tunai RM12,000.
Malah, Aina juga turut diumumkan selaku pemenang bagi kategori, Penyanyi Pilihan Alha Alfa sekali gua meraih tambahan hadiah RM12,000.
Membawa tema Muzikaverse, AJL 38 dikendalikan oleh Sherry Alhadad dan Alif Satar sebagai hos dan turut diserikan dengan persembahan ramai artis.
Antaranya Shila Amzah, Vanessa Reynauld, Sissy Iman, Datang Nurfaezah, Ella dan Datuk Zainal Abidin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tengok Pun Penat, Inikan Pula Yang Terlibat,” – ‘Tukar Baju’ Dalam 11 Saat, Ramai Kagum Lihat Hasil Akhir Muzik Video Terbaru Tok Ti
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ada berkongsi bersama peminat momen-momen menarik sewaktu menjalani sesi pengambaran muzik video lagu terbarunya yang berjudul Kuasa Cintamu.
Video berdurasi hampir 50 saat itu memaparkan bagaimana figura yang popular dengan panggilan Tok Ti itu menukar sepersalinan baju kuning yang dipakainya dengan dress berwarna merah dalam masa kurang 11 saat.
Menurut pengurusnya, Rozi Abdul Razak, ini kali pertama Tok Ti menjalani pengambaran muzik video secara ‘one take shot’ atau ‘one taker’.
“Sepanjang @ctdk menjadi artis, ini pengalaman pertama beliau menjalani penggambaran video muzik secara one take shot atau one taker.
“Mungkin mudah jika tidak perlu menukar pakaian tetapi @ctdk perlu memakai 2 lapis pakaian lengkap dengan anak tudung/inner berbeza (2 lapis pakaian) kerana penukaran ini perlu dibuat dalam masa 11 saat saja,” tulisnya di Instagram.
Jelasnya lagi, sewaktu sesi pengambaran tersebut semua pihak harus bersedia bagi memastikan babak ini dapat dirakam dengan sempurna.
“Semestinya ada cabaran tetapi apa yang penting adalah pengalaman. One taker ini, kalau ada scene yang tidak ok, sama ada pelakon, pemuzik, camera shot atau @ctdk sendiri, penggambaran akan diulang dari mula.
“Adakala pelakon dah ok, camera pula tak stabil atau goyang atau termiss di mana-mana, adakala @ctdk lupa lirik, salah ‘miming’ dan sebagainya,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Rozi turut mendedahkan anak kepada Tok Ti, Siti Aafiyah turut memberikan kerjasama yang baik ketika muncul dalam salah satu babak di dalam muzik video berkenaan.
“Paling best bila scene Aafiyah, ada masa dia sporting dan ikut arahan, ada masa dia tak bergerak langsung ke arah @ctdk, memang lucu. Seluruh tenaga produksi bekerja sangat berhati-hati, fokus dan alhamdulillah, video muzik ini sudah pun dilancarkan.
“Selepas @ctdk umumkan akan berehat untuk fokus kepada perancangan keluarga, kami di SNP dan Universal Music berusaha menghabiskan apa sahaja kerja mengikut jadual yang berbaki termasuklah menyiapkan video muzik ini,” akhirinya.
Video disebalik tabir itu kemudiannya tular di laman Twitter selepas ramai yang kagum dengan usaha yang dilakukan oleh Tok Ti itu.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut teruja melihat hasil akhir muzik video berkenaan.
Terdahulu, muzik video Kuasa Cintamu telah dilancarkan di laman Youtube pada Rabu dan telah pun meraih lebih 600,000 jumlah tontonan.
Sumber: Instagram CTDK & Rozi Abdul Razak
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Antara Bola Dengan Mommy, Daddy Tetap Pilih Bola!,”- Cecah 28 Tahun, Isteri Fad Bocey Titip Ucapan Bersemut Buat Suami
Hari ini genap usia pelawak, Fad Bocey yang ke 28 tahun.
Momen indah itu dikongsikan isterinya, Nur Syahirah apabila dia telah meraikan ulang tahun hari jadi Fad di Kuala Lumpur malam tadi.
“Selamat hari jadi daddy .. mommy tkda hadiah yg lgi special dri bwkkan family daddy dri johor utk sama2 celebrate birthday daddy taun ni .
“sbb mommy tau daddy mesti happy bila tengok mak abah daddy ada skali .thanks @mfrznz_bersekongkol bwkkan mak abah .gigih ktorang sembunyikan mak abah dkt rumah baru,” tulis Syaheera.
View this post on InstagramA post shared by FAD & SYAHEERA (@fadbocey) on
Syaheera juga sempat berseloroh dengan Fad apabila mereka tidak lagi meraikan majlis hari jadi secara berdua-duan dengan romantik kerana sudah memiliki tiga orang anak.
“Dh hbes dh zaman nk konon celebrate romantik berdua bilamana anak kau dh berderet pastu kau feeling lgi nk romantik .baik kita berkumpul sama2..
“Moga utk kalini daddy sentiasa di dalam perlindungan Allah swt ,dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur .bahagiakan dan mewahkan la kami dgn kasih sayang..
“Itu yg paling mommy nak dlm keluarga kita .klu la boleh keluarkan hati ni tunjuk kt daddy betapa sygnya mommy dkt daddy .thank you selama ni selalu jdi yg trbaik (yg tk baik sbb antara bola dgn mommy daddy tetap pilih bola!)love you husband,” tulis Syaheera.
Lalu, netizen telah menitipkan ucapan hari jadi buat Fad atau nama sebenarnya Muhamad Fadzlie Mohd Nizam.
Apa-apa pun, selamat hari jadi buat Fad, semoga panjang umur dan bahagia Bersama keluarga tersayang.
Foto : Instagram fad Bocey
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI