Pelakon Jasmin Hamid menitipkan kesyukuran apabila dikurniakan anak yang tidak malu untuk menunjukkan kasih sayang kepada ibu bapanya.
Jelas Jasmin, anaknya tidak kisah andai dicium atau mencium ibu bapa walau di khalayak ramai.
“Syukur alhamdulillah.. Allah kurniakan saya dengan anak-anak yang tak malu di cium dan mencium Ibubapa walaupun di tempat umum sebab bagi mereka, Ibubapa adalah Pintu Syurga mereka, pinjaman Allah.. Curahkan kasih sayang sementara Allah berikan peluang.
Ads
“Terima kasih kepada Arwah MAMA dan Arwah BABA saya yang mendidik kami dengan penuh kasih sayang… Didiklah family kita dengan kasih sayang.
“Kenapa mesti malu untuk cium sayang family kita? Bila cium orang yang bukan mahram, tak malu pulak???,” jelasnya.
Pengacara dan penyampai radio, Muaz Mohamed berkongsi khabar duka selepas memaklumkan bapanya telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada Sabtu di Hospital Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.
Perkhabaran sedih tersebut dikongsikan sendiri oleh Muaz menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di ruangan Instagram stories.
“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda saya Haji Mohamed Bin Atan telah kembali ke rahmatullah pada hari ini 28/8/2021, pukul 4.50 pagi di Hospital Tuanku Mizan.
“Mohon semua sedekahkan Al-Fatihah dak doakan semoga arwah ayah saya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin YRA,” tulisnya.
Dalam pada itu, penyampai radio, Buletin FM ini turut berharap agar semua pihak dapat medoakan semoga bapanya itu ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
Berita mengenai pemergian bapa kepada Muaz itu turut dikongsikan menerusi Instagram Buletin FM.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut menzahirkan rasa sedih selain turut menitipkan kata-kata semangat buat Muaz serta seluruh ahli keluarganya.
“Salam takziah Muaz dan keluarga. Banyak bersabar dan banyak berdoa. Semoga roh arwah ayah ditempatkan dikalangan para solihin dan kekasihNya.
“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
“Innalillahiwainnailaihirojiun. Semoga Allah tempatkan rohnya bersama-sama dengan hamba-hamba yang redha lagi diredhai,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Muaz merupakan salah seorang penyampai yang bertugas di stesen radio, Buletin FM yang mengendalikan segmen Diskusi Harian bersama gandingannya, Izwan Azir Saleh bermula jam 3 petang hingga 7 malam pada setiap Isnin hingga Jumaat.
Stesen radio, Buletin FM kini boleh mula didengari di frekuensi 101.3 (Lembah Klang), 107.3 (Alor Setar), 88.6 (Kota Baru), 93.6 (Kuala Terengganu), 90.2 ( Pulau Pinang) dan 104.3 (Kuching).
Sumber: Instagram Muaz & Buletin FM
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan tidak bersetuju sekiranya ada segelintir wanita yang cenderung untuk mendedahkan masalah rumah tangga mereka di media sosial.
Rozita, 52, yang mesra disapa Che Ta berkata, ia bukanlah penyelesaian terbaik untuk menjernihkan hubungan. Sebaliknya ada cara lain yang boleh dilakukan bagi melepaskan ‘geram’.
“Tak perlu buat begitu. Bagi saya dia macam ni, apabila kita kongsi masalah rumah tangga atau keburukan pasangan di media sosial, ia ibarat tepuk air ke dulang dan terkena muka sendiri.
“Lebih baik untuk diam (berbanding berkongsi di media sosial). Sebagai isteri, berdosa ya kalau kita mengaibkan suami. Begitu juga sebaliknya. Kalau tidak suka, terus pergi ke pejabat kadi (mahkamah) atau bawa berbincang.
“Kalau nak berkias-kias di Instagram misalnya, masalahnya bukan suami kita seorang… entah-entah suami kita pun tak tengok.
“Mungkin ada cara lain untuk melepaskan geram, misalnya dengan menghantar WhatsApp kepada pasangan, kemudian padam. Saya sendiri pernah begitu kalau rasa marah pada seseorang.
“Atau pun, masuk bilik air dan jerit sepuas hati, ‘bercakap’ dengan dinding. Itu lebih baik daripada kita menceritakan keburukan pasangan dalam media sosial,” katanya kepada MH.
Che Ta berkata demikian ketika diitemui pada majis pelantikannya sebagai ‘muse’ Angsa Emas Jewellery di Hotel Sheraton, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Dalam pada itu, pelakon Kiah Pekasam ini juga Rozita juga tidak adil sekiranya hanya wanita sahaja dipersalahkan dalam isu skandal.
“Kalau sesetengah lelaki itu yang memang jenis yang berlaku curang, kalau miliki isteri macam ratu cantik pun dia tetap akan cari perempuan lain.
“Akan tetapi sekiranya lelaki itu seorang yang setia, ada isteri yang biasa-biasa sahaja pun akan setia. Jadi pokol pangkalnya adalah lelaki itu.
“Saya tidak suka wanita yang bila dapat tahu pasangannya ada berhubungan (curang), dia menyalahkan perempuan lain. Kata orang, its takes two to tango. Suami mungkin bukan baik sangat pun, kenapa nak salahkan satu pihak sahaja.
“Macam contoh kalau suami saya ada hubungan dengan orang lain, saya tumbuk suami sendiri. Tak adalah nak tarik tudung si penyondol. Laki kita yang menggatal. Tapi kalau dia tidak sama naik, benda tu tak akan berlaku insya-Allah,” katanya lagi.
Apa pun yang berlaku, Che Ta juga percaya soal jodoh adalah ketentuan dari Yang Maha Esa selain tidak menafikan kepercayaan dan kejujuran penting dalam hubungan suami isteri.
Suami kepada arwah ustazah Shadiya yang baru sahaja meninggal dunia 5 April lalu berkongsi perjalanan terakhir isterinya di laman Facebook.
Luahan rasa yang cukup mencengkam perasaan, jelasnya selama ini arwah isteri yang menjadi makmum di belakang, namun kini dia di depan sebagai jenazah.
Malah pemergiannya disifatkan sebagai cukup bertuah apabila Allah menghadiahkan liang lahad dan kubur yang cukup indah.
Perkara itu turut menjadi perbualan petugas pengurusan jenazah beberapa hari sebelum arwah meninggal dunia. Pendakwah ini turut berkongsi perbualan di laman Whatsapp akan persoalan siapa penghuni yang bakal mendiami liang lahad ‘cantik bagaikan karpet’ itu.
“PERJALANAN TERAKHIR. Alhamdulillah.. Selesailah sudah urusan pengkebumian jenazah buah hati dan bidadari saya Shadiya Abbas petang tadi jam 4.00petang di Tanah Perkuburan Puncak Alam. Segalanya dipermudahkan Allah.
“Urusan mandikan jenazah mu sayang dilakukan oleh ibumu, adik beradik perempuanmu, anak² lelakimu dan anak muridmu yang menawarkan diri untuk berkhidmat untukmu sayang.
“Abang ambil peluang ini untuk memandikanmu buat kali terakhir. Masih ingat lagi 2 hari sebelum sayang meninggalkan abg, sayang mandikan abg.
“Sayang.. Abg imamkan solat untukmu. Sebelum ni sayang berada di belakang sebagai makmum, tapi kali ini sayang di depan abg. Bukan sebagai imam tetapi sebagai jenazah.
“Sayang.. Sayang bertuah kerana dihadiahkan Allah kubur yang indah dan liang lahad yang cantik. Abang perasan hal itu ketika hendak memasukkan mu dalam liang lahad, dalam hati abg menyebut, cantik sungguh liang lahad ini.
“Abg bersembang dengan penggali kubur dan petugas pengurusan jenazah, mereka akui kubur itu paling cantik mereka lihat, kata mereka dalam kubur kalau pakai kasut bot pun terasa sejuk, seolah² lantainya dari mar mar.
“Kata mereka, bakal kubur siapakah ini. Ternyata sayang adalah pemiliknya. Semoga sayang berada dalam rahmat Allah.
“Sayang..damailah engkau di sana, abg redha dengan pemergiaanmu. Sayang telah sempurna melaksanakan tugas sebagai seorang isteri, ibu, anak, guru dan sahabat. Insyaallah kita bertemu nanti di alam barzakh, padang mahsyar dan sama-sama masuk syurga.
“Terima kasih kepada semua yang membantu urusan jenazah, bantu sediakan makanan, memberi sumbangan, berkongsi perasaan dan mendoakan arwah bidadari saya, jika ada dosanya, mohon ampunkan. Jika ada hutang arwah pada kalian, maklumkan pada saya,” kongsinya sambil membacakan doa.
Terdahulu, arwah Shadiya meninggal dunia pada usia 40 tahun akibat sesak nafas. Arwah meninggalkan dua orang anak.
Foto : Facebook MK Azman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
"Tak baik, mengapa mesti nak melontarkan kata-kata negatif kepada orang lain? Sebelum kita nak kata orang ‘bisa’, muka kita pun ‘bisa’.”Demikian kata selebriti versatil,...