Anak Belajar Dalam Norma Baharu, Catriona Ross Harap Ibu Bapa Semua Cekal

Share

Seperti sedia maklum, pihak kerajaan telah menetapkan sesi persekolahan akan dijalankan melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sehubungan dengan itu, ibu bapa dan penjaga masing-masing turut menyuarakan pelbagai pendapat.

Pelakon senior, Catriona Ross misalnya turut  mengakui sebenarnya tidak mudah untuk anak menjalani sesi persekolahan secara PdPR.

Catriona berharap agar semua para ibu bapa untuk terus cekal dalam mengharungi cabaran norma baharu ini demi masa depan pendidikan anak-anak.

“Kita takkan tau masa depan kita itu mau gimana tapi kita bisa kuat untuk hari-hari sekarang.

“To all moms out there & dads too, we got this. We can do this. Its our new norm.

“Kita kan belajar lagi to get used to this new situation..,” tulisnya.

Sebelum ini, pihak kerajaan telah mengambil insiatif untuk menetapkan sesi persekolahan dijalankan secara PdPR atau sesi pembelajaran dalam talian bermula 20 Januari bagi membendung penularan wabak Covid-19 di seluruh negara.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di seluruh negara kecuali Sarawak bermula 22 Januari sehingga 4 Februari hadapan.

Foto: Instagram Catriona Ross

Published by
Nazar Rafiqhi