Anak Belum Cecah Usia 3 Bulan, Tauke Jambu & Isteri Saling Muat Naik Status Di IG Seolah-Olah…

Share

Awal hari ini, pelawak terkenal Tauke Jambut ada memuat naik beberapa status menerusi Insta Storiesnya.

Status tersebut antara lain mengandungi artikel mengenai dosa isteri kepada suami dengan kapsyen ‘swipe untuk paham’.

Lalu menerusi Insta Stories seterusnya, Tauke ada bertanya mengenai apakah tindakan yang perlu dilakukan andai isteri ada melakukan perkara seperti yang dilampirkan.

“Kalau kesemua 7 perkara tadi kepada isteri kita buat…Apa tindakan ya?,” tulisnya.

Sementara itu, menerusi Insta Stories milik isterinya, Nadia Mohd Affandi pula, wanita berkenaan ada memuat naik foto anak perempuan mereka yang dilahirkan pada 26 Oktober lalu.

“She’s too small But i’ll care my baby for rest of my life mommy pomis sayang,” tulis Nadia selain satu lagi posting yang turut menimbulkan tanda tanya.

Status yang dimuat naik mereka seperti memberi bayangan kepada sesuatu memandangkan ia ada hubung kait dengan soal rumah tangga.

Apa pun, kita harapkan ia bukanlah seperti yang disangka sesetengah pihak.

Foto : Instagram Tauke & Nadia

 

Published by
MH