Baru-baru ini perkongsian terkini daripada pelakon Alya Iman di Instagram mencetuskan perhatian di kalangan warganet apabila tidak lagi mengenakan hijab sebagaimana sebelumnya.
Menerusi hantaran tersebut, bintang berusia 22 tahun itu tampil mengenakan persalinan kurung moden dalam warna biru cair sementara wajahnya dirias cantik lengkap rambut siap berdandan.
Sementara itu, Alya juga ada menyantuni golongan kurang berkemampuan dengan memasak untuk mereka dan turut meraikan mereka di kedai restoran makanan segera yang terkenal.
Video tersebut yang dimuat naik di ruangan Insta Story memperlihatkan Alya beramah mesra dengan kanak-kanak dan golongan sasaran yang hadir untuk mendapatkan makanan.
Di video tersebut dia turut mencoret; “This one if for you, mom and dad.”
Bagi yang belum tahu, Alya ialah anak bongsu kepada pelakon terkenal dan pendakwah, Allahyarham Azmil Mustapha dan menceburkan diri dalam dunia glamor sebagai model hijab berhijab sebelum aktif dalam lakonan.
Malah, Alya juga merupakan cucu kepada Kala Dewata atau Profesor Dato’ Dr. Mustapha Kamil Mohd Yassin yang juga seorang penulis novel, penulis skrip.
Allahyarham juga pernah bertugas sebagai pensyarah bidang drama dan penulisan kreatif di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Imbas kembali, Alya setakat ini sudah pun membintangi drama antaranya Senafas Rindu, Lelaki Kelas Sebelah, Bukan Kahwin Paksa dan Ku Punya Hati dan filem pertamanya pula adalah 7 Minggu Sebelum Kahwin.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini