Anak Buah Ditinggal Dalam Keadaan Berlumuran Darah, Raja Azura Cari 3 Individu Dipercayai Terlibat Langgar Lari

Share

Pelakon dan hos, Raja Azura ada berkongsi berita sedih apabila memaklumkan anak buahbya didakwa terlibat dalam kes langgar lagi.

Kejadian difahamkan berlaku di TTDI Jaya, Shah Alam.

Menurut Raja Azura atau lebih mesra disapa Kak Engku, anak buahnya itu dikatakan ditinggalkan dalam keadaan berlumuran darah berdekat lampu isyarat.

“Langgar lari, ramai sangat manusia durjana yg tak bertanggung jawap…dah langgar lariii kuasa Allah swt ada saksi yg nampak 3org lagi.

Kau bior budak ni tergolek berlumuran darah kat trafficlight kenapa? lariii…polis report pun dah buat…sedara sedari sekelian tiada siapa yg mahu kejadian melanggar atau dilanggar.

“Kepada yg ter…langgar atau kena langgar bertanggung jawaplah tak payah takut.. bukan kami nak pancung kepala.

“Hari ni kita lari dari buat salah…esok kita pula allah balas tak takut keee? Maaflah ceramah sikit…tolong dm sy ye pada siapa yg tahu kereta org langgar lari diatas tuuu. mana mau lariii haaa, tolong viralkan,” tulisnya panjang lebar.

Foto: Instagram Raja Azura

Published by
MH