Categories: Berita

“Anak Bukan Beban!,”- Penat Berkerja, Syatilla Melvin Tak Mudah Mengeluh, Anak Adalah Rezeki Allah

Share

Pelakon Syatilla Melvin akui bahawa menggalas tugas sebagai seorang ibu adalah sesutau yang mencabar.

Lebih-lebih apabila mempunyai anak kecil yang sangat aktif dan lasak. 

Bagaimanapun, Syatilla menganggap bahawa anak merupakan anugerah terindah dari Allah dan tidak menjadikan perkara itu sebagai satu beban buatnya. 

“Memang penat dan sangat2 menguji kesabaran bila terpaksa bawak anak2 pergi kerja. tapi jgn jadikan anak ni SEBAGAI BEBAN sebagai PUNCA LAKI BINI BEGADUH SEBAB TAK MAU JAGA ANAK!!

“Anak2 ni RAHMAT dan REZEKI dari allah bukan BEBAN!! Depa xsalah apa pun kalau hampa rasa depa ni alasan utk hampa xboleh nak bekerja.nak pergi sini xboleh,sana xboleh, alasan anak xdak sapa jaga.

“Aku sanggup susah payah asal anak2 aku selamat depan mata aku. Penat memang penat teramat sgt.

“Tapi rezeki aku lain macam bila aku berkorban utk anak2.rezeki tak putus mencanak canak! Ingat ANAK BUKAN BEBAN,” tulisnya.

Dalam perkembangan lain, Syatilla dan adik-beradiknya kini sibuk menguruskan produk kecantikan. 

Sementara itu, Syatilla dan Shaheizy Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan  dua orang anak iaitu Syeriv Samheizy, 2 tahun  dan  Sarima Samheizy, tujuh bulan.

 Foto : Instagram Syatilla Melvin

Published by
Amynur Akmal