Pelakon, Mia Ahmad, menjelaskan yang dia sedikit emosi dan terganggu dengan tindakan segelintir netizen yang sering mempertikaikan cara pemakiannya ketika sedang hamil.

Memetik Mstar, Mia memberitahu kebanyakan yang mengecam tidak mengetahui tentang kewujudan pakaian yang direka khusus untuk wanita mengandung.

“Penat nak jelaskan banyak kali apa itu maternity outfit (pakaian orang mengandung). Saya faham ada yang prihatin tapi macam mana pula kita ni nak faham sejenis individu yang tidak buat kajian main nak kritik sahaja.

“Baju dan seluar untuk wanita hamil dah banyak dijual di pasaran tapi masih ada juga yang tak tahu,” jelas Mia

Peminat dilihat sedikit risau dan paranoid akan kandungan Mia kerana bimbang kejadian lalu akan berulang kembali. Namun, Mia menyifatkan pemakaiannya itu selesa dan tidak membahayakan.

IKLAN

“Mereka tegur kata nanti bayi saya lemas dalam perut kalau pakai macam tu. Mula-mula saya biarkan sahaja malas nak layan kerana kadang-kadang emosi kita yang tengah hamil ni tak stabil.

“Tapi saya rasa kena tegur juga dalam masa yang sama ramai juga ibu-ibu yang sedang hamil bertanya tentang baju-baju dan seluar yang saya pakai itu,” ujarnya.

Oleh disebabkan itu, Mia memutuskan untuk menutup ruangan komen di Instagram bagi mengelakkan perbalahan di kalangan netizen.

IKLAN

“Ramai yang komen pun budak-budak dan yang belum pernah mengandung sebab itu mereka tidak tahu kewujudan baju-baju khas untuk wanita hamil,” katanya

Ketika ditanya mengenai persiapan Mia untuk memyambut kehadiran insan baru, ini respon yang Mia berikan,

IKLAN

“Insya-Allah tidak lama lagi saya akan bersalin, perasaan berdebar dan teruja nak lihat cahaya mata pertama kami ini.

“Nama masih belum buat keputusan untuk pilih yang mana ada beberapa nama dalam senarai” katanya

Pelakon ‘Hati Wanita’ itu telah mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol pasukan JDT iaitu, Izham Tarmizi Roslan pada 13 Januari 2017.

Foto: Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI