Konsert Big Stage 2020 minggu keempat menjadi persembahan terakhir bagi Yamani Abdillah dalam saingan program realiti berkenaan apabila diumumkan sebagai peserta yang tersingkir.
Bertemakan ‘Baby Bash’, anak kepada penyanyi senior, Datuk Jamal Abdillah itu mengumpul markah sebanyak 62 peratus, sekali gus menjadi peserta ketiga yang tersingkir.
Malam tadi, Yamani menyampaikan lagu Mimpi Laila. Sementara Usop yang mengumpul markah tertinggi dengan 86.2 pula mendendangkan lagu Bukan Ku Tak Sudi.
Sementara, pihak juri bersepakat menggunakan imuniti bagi menyelamatkan Qody Rany yang sebelum ini turut tersenarai dalam kelompok tiga markah terendah.
Penyanyi rap Joe Flizzow diundang sebagai juri jemputan di sampai Ajai, Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir menggalas sisi sebagai juri tetap musim ini.
Elly Mazlein pula bertindak sebagai presiden netizen.
Terdahulu, Sandra Dianne tidak dapat membuat persembahan kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya, baru-baru ini.
Peserta yang membuka tirai persembahan minggu keempat, Azzam Sham sekali lagi dipilih sebagai BBNU Paling Gempak dua minggu berturut-turut selepas mendapat undian tertinggi peminat.
Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.
Big Stage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Ogos 2020, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI