Bukan mudah apabila terpaksa berjauhan dengan anak, ulas Faye Kusairi, setiap hari, hanya gambar dan video Alif sebagai pengubat rindu.
Bagaimanapun, jelas Faye, melihat anak di skrin telefon tidak akan sama kerana dia terlepas melihat anaknya membesar setiap hari di depan mata.
Namun dia reda kerana tahu anaknya dijaga dengan baik oleh keluarganya di Miri, Sarawak.
“Hari hari Mommy tengok gambar dan video Alif sampai Mommy macam boleh cium bau Alif and feel your warm body when cuddling you in my arms.
“Hari hari Mommy video call Alif takkan sama dengan masa Mommy terlepas dengan Alif membesar. Mommy tau Alif is in great hands with Ann & Atok in Miri, but Mommy also know that you miss me and Ayah too.
“You are a good boy and it really breaks my heart not to able to see you sooner, son. .
TBH, I am mentally and emotionally worn out. All these ‘waiting’ is killing me,” luahnya sebak.
Menurut muat naik di entri terdahulu, jelas Faye, dia tidak dapat berjumpa anaknya di Miri kerana Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan pada 18 Mac lalu.
Foto : Instagram Faye Kusairi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI