Kematian Lisa Marie Presley pada 12 Januari 2023 membawa khabar duka kepada dunia hiburan antarabangsa kerana mendiang merupakan satu-satunya anak penghibur legenda, Elvis Presley.

Meninggal pada usia 54 tahun, dia meninggalkan tiga orang cahaya mata yang masih hidup.

Kini setelah tujuh bulan berlalu, laporan autopsi mengenal pasti punca kematiannya telah didedahkan kepada umum. Menurut laporan portal People, mendiang Lisa meninggal dunia disebabkan komplikasi pembedahan bariatrik yang dilakukannya untuk menurunkan berat badan.

Lisa bersama kedua ibu bapanya saat dia masih bayi.

Laporan itu menyatakan bahawa kematian bintang popular itu disebabkan oleh siri penyumbatan usus kecil yang merupakan kesan daripada pembedahan bariatrik beberapa tahun lalu.

Menurut laporan autopsi itu lagi, halangan itu adalah dalam bentuk usus kecil yang tercekik disebabkan oleh perekatan yang terbentuk selepas pembedahan penurunan berat badan tersebut.

“Ini adalah komplikasi jangka panjang yang diketahui umum bagi jenis pembedahan ini,” ujar Timbalan Pemeriksa Perubatan, Dr. Juan Carrillo.

Pada saat kematiannya, Lisa dikatakan mengalami sakit perut dan demam berpanjangan sebelum dia ditemui tidak sedarkan diri oleh bekas suaminya, Danny Keough. Ketika itu, dia dikatakan  meninggal dunia akibat serangan jantung selepas beberapa jam di rawat di hospital.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

 

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI