Pelakon dan penyanyi Erra Fazira menerima pujian daripada pengguna laman sosial selepas memuat naik video anak sulungnya, Engku Aleesya, sedang belajar mengaji.

Sebelum ini, Aleesya telah dikritik hebat oleh netizen gara-gara tidak fasih berbahasa Melayu. Slang Aleesya terserlah apabila Erra pernah memuat naik video Aleesya sedang cuba bercakap dalam bahasa Melayu.

Anak Erra Fazira Mengaji Dipuji Netizen

Namun, baru-baru ini, melalui laman sosial Erra, satu video yang menunjukkan Aleesya sedang belajar mengaji menarik perhatian netizen. Menerusi video perkongsian Erra di Instagram itu, setakat hari ini sebanyak 468 ribu tontonan memuji Erra dan Aleesya.

Video yang berdurasi beberapa minit itu dimuat naik Erra menunjukkan Aleesya sedang belajar mengaji, dia dilihat bersungguh membaca ayat al-Quran walaupun tersekat-sekat.

Ads

Biarpun Aleesya perlu melalui proses pembelajaran, Erra mengakui tidak memaksa tahap keupayaan anaknya itu.

“Alhamdulillah. Slowly ada kemajuan. Cepat lah lancar wahai anak, alangkah indahnya bila lepas solat dapat dengar anakanda mengaji dengan lancar dan baik. Mudah mudahan. Amin. Selamat Malam semua ,” tulisnya.

Ramai yang memuji kesungguhan Aleesya untuk belajar mengaji. Walaupun masih tak lancar tapi boleh dikira sebagai satu bacaan yang agak bagus untuk kanak-kanak seperti Aleesya.

Anak Erra Fazira Mengaji Dipuji Netizen

Ads

Rata-rata Ia mendapat reaksi positif daripada netizen yang menganggap Erra seorang ibu yang pandai mendidik anak seimbang dunia dan akhirat.

Dalam pada itu, Ada juga yang memuji Aleesya pandai mengaji dengan tajwid dan sebutan yang betul.

Ads

Sumber : Instagram Erra Fazira

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI