
Penyanyi popular era 80-an, Dayangku Intan memaklumkan anak perempuannya, Wanku Intan Syarafana Rosman, meninggal dunia akibat komplikasi selepas pembedahan hati pada Jumaat.
Perkara itu dikongsikan bintang berkenaan menerusi akaun Facebook miliknya.
Memetik laporan Astro Awani, anak ketiga penyanyi ini dilahirkan tanpa hempedu iaitu Biliary Artresia dan mempunyai parut di hati.
Allahyarham yang baru berusia 23 tahun menjalani pembedahan pemindahan hati yang didermakan adiknya, Wanku Mohd Ruknuddean di Hopsital Selayang awal Februari lalu.
“Keadaan Dayang memang tidak dapat dibayangkan…Bayangkan bagaimana keadaan ibu yang telah menjaga seorang anak perempuan dengan begitu rapi dan penuh kasih sayang,” kata suami, Rosman Yahlil seperti yang dipetik.
Jenazah difahamkan akan disempurnakan di Masjid Wilayah di Jalan Duta dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara di ibu negara selepas solat Jumaat.
Sumber : Astro Awani
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hal ‘Cerita Dalam Kain’ Dalam Perkahwinan Adalah Subjek Tabu Yang Kurang Dibicarakan Secara Terbuka,” – Diskusi Berani Borak Kelamin

Program terbaru, Borak Kelamin ialah sebuah program bual bicara terbitan Astro Ria dengan kerjasama Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. khusus berkongsi tentang alam perkahwinan berkaitan isu-isu rumah tangga yang sering dianggap tabu atau sensitif untuk dibincangkan secara terbuka.
Program ini juga diklasifikasikan untuk tayangan 18 tahun ke atas kerana mengandungi aspek kedewasaan yang tidak keterlaluan dalam setiap topik perbincangan.
Untuk musim yang pertama kali diterbitkan ini, selebriti popular Awal Ashari dan Elly Mazlein diberi kepercayaan untuk mengendalikan program ‘Borak Kelamin’ selaku hos bersama sepanjang 10 episod.
Tampil dengan pengisian interaktif yang berani dan sensasi, program ini mengetengahkan topik-topik diskusi merangkumi kupasan ilmiah yang kompresensif oleh barisan panel pakar perunding jemputan daripada pelbagai bidang pengkhususan berdasarkan tema mingguan seperti pakar motivasi, perunding psikologi, kaunselor perkahwinan, penceramah, dan sebagainya.
Bagi merancakkan lagi sesi perbincangan pada setiap episod, tetamu jemputan yang terdiri daripada barisan selebriti popular tanah air turut diundang khusus berkongsi pengalaman peribadi sepanjang melayari bahtera perkahwinan bersama pasangan atau pasangan secara terbuka dan profesional.
Emarina Mohd Kamal, Pengurus Saluran Astro Ria menerusi kenyataan media berbesar hati membawakan program ini yang dilihat sebagai platform utama dalam menyalurkan maklumat berkaitan dengan lebih luas menerusi sesi perbincangan yang sihat, harmoni dan positif bersama panel jemputan
“Seperti yang kita tahu, hal berkaitan dengan ‘cerita dalam kain’ dalam sesebuah institusi perkahwinan adalah subjek tabu yang kurang dibicarakan secara terbuka terutamanya di kaca televisyen. Topik sebegini juga sering dielakkan untuk menjaga aib dan sensitiviti masyarakat.
Jika kita lihat sejak kebelakangan ini, semakin ramai pasangan suami isteri yang mungkin sedang mengalami konflik dalaman gemar mengadu domba di media sosial. Sekiranya perkongsian tersebut dilihat daripada perspektif positif, mungkin respons yang diterima daripada netizen dapat membantu meredakan tekanan.
“Jika sebaliknya, ia hanya akan mengeruhkan lagi keadaan tanpa sebarang jalan penyelesaian. Sehubungan dengan itu, kami dengan berbesar hati membawakan program ‘Borak Kelamin’ sebagai platform utama dalam menyalurkan maklumat yang berkaitan dengan lebih luas menerusi sesi perbincangan yang sihat, harmoni dan positif bersama panel jemputan.
“Walaupun topik yang bakal diketengahkan agak panas dan boleh mengundang kontroversi, namun ia tidaklah keterlaluan dan masih sesuai dengan resam masyarakat Malaysia.
“Kami percaya tahap penerimaan penonton masa kini sudah semakin matang dan tahu menilai mesej di sebalik keseluruhan konteks kandungan yang ingin disampaikan,” katanya optimis.
Bersiaran selama 1 jam, Borak Kelamin ditayangkan secara eksklusif setiap Isnin, jam 9.00 malam sejak 1 Mac 2021 lalu di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Ia turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Foto: Astro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Ada Duit Sekali Pun, Memang Tak La! Sangat Bodoh,” – Jual Balik Tiket Coldplay Harga RM43,000, Sheila Majid Kecam ‘Scalper’ & ‘Reseller’

Sejak semalam dan hari ini, rakyat Malaysia telah ‘berperang’ untuk cuba membeli tiket konsert band popular dunia, Coldplay yang akan mengadakan konsert jelajah Music Of The Spheres World Tour (MOTSWT) di Stadium Bukit Jalil pada 22 November depan.
Bagaimanapun, keterujaan untuk mendapatkan tiket telah dicemari tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pihak dipercayai kumpulan ‘scalper’ atau pembeli tiket hantu yang membeli dengan kuantiti banyak dan menjual semula pada harga berlipat kali ganda.
Hal itu nyata mengundang rasa kurang senang di hati segelintir pihak lebih-lebih lagi buat peminat tegar yang gagal membeli tiket konsert yang telah pun habis dijual dalam masa beberapa jam.
Antara yang turut sama mengkritik tindakan tidak bertanggungjawab itu termasuklah Ratu Jazz Negara, Datuk Sheila Majid.
Menurut Sheila, tiket bagi tempat duduk kategori 1 yang berharga RM1,288 dan dijual semula pada harga RM43,200 sememangnya tidak masuk akal.
“Ini memang tak masuk akal dan tak beretika. Jangan beli daripada mereka. Mereka adalah orang-orang yang tidak bertanggungjawab.
“Gila! Kalau saya ada duit sekali pun. Memang tak la. Ia perkara yang sangat bodoh. Lebih baik tengok Coldplay di luar negara,” tulisnya.
Rasa kurang senang itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Sinaran itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Dalam pada itu, Sheila turut menggesa semua pihak untuk tidak membeli tiket daripada kumpulan ini dan biarkan mereka menanggung kerugian tersebut sendiri.
“Lain kali, kalau tak serious, jangan sibuk berebut nak beli tiket juga. Kalau nak buat duit lebih sekali pun, bukan macam ini caranya.
“Orang yang betul-betul minat nak tengok, tak dapat beli tiket fasal orang-orang yang ambil kesempatan macam ni la.
“Jangan beli daripada mereka. Biar mereka tersedak. Harga asal seat di CAT 7 adalah RM228,” akhirinya.
Sekadar informasi, tiket konsert Coldplay telah mula dijual sejak semalam namun, ia hanya dikhas untuk pemilik akaun bank CIMB sahaja.
Manakala, hari ini pula, tiket dijual secara terbuka tetapi harus bersaing dengan peminat-peminat daripada negara jiran.
Terdahulu, disebabkan permintaan yang tinggi, satu petisyen telah pun dilancarkan untuk memohon Coldplay mengadakan konsert bagi hari kedua.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Miss Majid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Gambar Ni Apa? Waktu Umur 30 Tahun Saya Dapat,” – Isu Pangkat ‘Dato Sri’, Aliff Syukri Jawab Kekeliruan

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri tampil menjelaskan kekeliruan mengenai pangkat ‘Dato Sri’ yang digunakannya.
Menurut Aliff, dia mendapat penganugerahan berkenaan ketika berusia 30 tahun lagi.
“Awak kata saya tak ada ‘Dato Sri’? Sampai hati awak. Awak ni apa awak ni… gambar ni apa? Waktu umur 30 tahun saya dapat Dato Sri. Ni saya tunjuk dalam sistem.
“Sebenanrnya siapa yang salah? Sistem ni menunjukkan saya ada ‘Dato Sri’. Sebenarnya tertinggal huruf ‘F’ jer.
“Tapi tak apalah, kita tak nak besar-besarkan cerita ini. Dari Sri ke Datuk ke bersyukurlah. Yang penting cukup makan, cukup minum,” katanya di dalam sepotong video yang dikongsikan di Instagram.
Sementara itu menerusi ruangan kapsyen, penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu juga akui rasa sedih mengenai kekeliruan yang berlaku.
Artikel Berkaitan;
“Awak saya sedih. Apa patut saya buat? Siapa yang jaga sistem ni awak? Sampai hati kata saya sebenarya tak ada Dato Seri?,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI