Biasalah bila dah jadi artis ni setiap gerak geri sentiasa diperhatikan netizen. Kadang-kadang benda yang ingin disampaikan oleh seseorang artis itu lain tapi disalah ertikan dan kecaman demi kecaman dilemparkan kepada mereka.

Baru-baru ini MH sempat meninjau-ninjau Instagram dan mata tertumpu kepada sebuah gambar yang dikongsi oleh pelakon yang baru sahaja menimang cahaya mata pertama, Ezzaty Abdullah yang berkongsi momen pertama kali membawa bayinya ke majlis perkahwinan.

1st time bawak @harumdalia pergi wedding ceremony ? ? @rizmanruzaini

A post shared by Ezzaty Abdullah (@ezzatyabdullah) on

Dalam pada itu, mata MH ternampak pula komen daripada seorang pelakon cantik, Ramona Zamzam kepada Ezzaty yang berkata dia juga mempunyai jemputan ke majlis perkahwinan namun tidak tahu sama ada dia boleh pergi atau tidak kerana anaknya tidak boleh duduk setempat.

Ads

“Baby tak nangis ke babeeee! I ada wedding juga esok tgh fikir nak pegi ke tak sbb risau tak boleh nak handle baby ? Anak i gila kalau duduk setempat dia bising tapi kalau jalan2 n bergerak baru dia diam hahahahha,” komen Ramona di ruang komen perkongsian Ezzaty.

Rentetan daripada komen Ramona ini, ada netizen yang tidak bersetuju dengan ayat yang digunakan oleh pelakon tersebut tentang anaknya.

‘Anak I Gila Kalau Duduk Setempat’ – Komen Ramona Zamzam Tentang Anak Dikritik Netizen

Ads

Namun begitu, Ramona nampaknya memberi respon terhadap komen tersebut dan menjelaskan bahawa dirinya memang seorang yang kasar dan dia memohon supaya komennyya itu tidak diambil serius oleh semua.

‘Anak I Gila Kalau Duduk Setempat’ – Komen Ramona Zamzam Tentang Anak Dikritik Netizen

Ads

MH harap dengan penjelasan daripada Ramona ini dapat membuat para netizen di luar sana faham bahawa setiap yang kata-kata yang ditulis oleh Ramona itu hanyalah sekadar gurauan sahaja.

Betul juga kata Ramona, ibu mana yang mahu mendoakan anak mereka dengan benda-benda yang tidak baik tetapi mungkin itu caranya bergurau sesama kawan. So jangan ambil serious sangat.

Sumber: Instagram Ezzaty Abdullah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI