Bekas pelakon dan kini menceburkan diri dalam politik, Dira Abu Zahar ada memuat naik sekeping foto mesra bersama anaknya di akaun Instagram miliknya, baru-baru ini.

Foto mersa yang dirakam itu kini mendapat hampir 4,000 tanda suka.

“You’re almost there girl. Sikit lagi. Mommy tunggu.Sampai bila- bila. .Kita je k. Dgn Waris.

“Ps: anggun is guessing mommy got bf or not. #singlemother.#anakdira.#anggunrokit#dirawerkid.,” tulisnya.

Ads

Bagaimanapun, perkongsian pelakon beusia 35 tahun itu mendapat kritikan daripada seorang individu.

Akaun tersebut mempersoalkan warna kulit anaknya yang kelihatan sedikit gelap berbanding dengan Dira.

“anak hitam mak puteh…cocok vitamin c la tu,” tulisnya.

Ads

“Anak Hitam Mak Putih…Cucuk Vitamin C La Tu,” – Ada Persoal Warna Kulit Anak Dira Abu Zahar, Netizen Lain Tak Senang Komen Melampau

Bagaimanapun, rata-rata peminat berasa tak senang dengan respon yang ditulis oleh individu berkenaan.

Ads

“Anak Hitam Mak Putih…Cucuk Vitamin C La Tu,” – Ada Persoal Warna Kulit Anak Dira Abu Zahar, Netizen Lain Tak Senang Komen Melampau

Terdahulu, Dira atau nama sebenarnya Khaidiriah Abu Zahar pernah mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid pada tahun 2007 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Tengku Anggun Deandra. Namun, pasangan ini telah berpisah pada tahun 2010.

Selepas itu, Dira telah mendirikan rumahtangga bersama jurukamera, Mohd Helmi Mohd Yusof, pada tahun 2013. Bagaimanapun, perkahwinan Dira sekali lagi gagal dan mereka bercerai pada tahun 2016.

Foto: Instagram Dira Abu Zahar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI