Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin terharu bangga apabila anak sulungnya, Syeriv Samheizy sudah mampu menjadi imam dalam keluarganya.
Perkara itu dikongsikan isteri kepada aktor, Shaheizy Sam ini menerusi entri di Instagram yang dikemas kini.
Menurut Syatilla, sehingga kini dia masih rasa sebak apabila mengenangkan situasi tersebut.
“Sekadar berkongsi… anak bubu dan bapak dah boleh jadi imam. Ya Allah sebak tak habis lagi bila teringat dia minta nak jadi imam bubu bulan lepas.
“Merambu ayaq mata kita dalam sembahyang bila dengar anak kita baca bacaan dalam solat.
“Tak sangka sungguh dia betul-betul boleh lead bubu solat Maghrib dekat surau foodcourt! Bubu takkan lupa surau tu sampai mati,” kongsinya.
Ibu kepada tiga cahaya mata itu turut mendoakan agar anak lelakinya itu mampu menjadi teladan baik untuk adik beradik lain.
“Tiada paksaan, dia sendiri mahu. Sekarang aku paham erti bangga yang sungguh bangga.
“Doakan syeriv jadi anak soleh dunia akhirat, dapat jaga bimbing adik-adik buat kebaikan,” doa Syatilla.
Perkongsian berkenaan menerima reaksi baik warganet dan sehingga kini ia telah pun menerima lebih 25,000 tanda suka.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Percaya Jodoh Baru Ini Ketentuan Dan Takdir Yang Tertulis,” – Saida Bergelar Isteri Selepas 9 Bulan Solo, Tertarik Keikhlasan Suami
Penyanyi yang juga kakak kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Saida mengakui dia mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan yang juga teman lamanya, Mohd Nooraizal Rasip selepas lima bulan menjalinkan hubungan serius.
Menurut Saida atau nama sebenarnya, Siti Norsaida Tarudin, dia sudah pun berpisah dengan bekas suami sejak Mac lalu dan perkahwinan mereka bertahan empat tahun.
Saida mendirikan rumah tangga buat kali ketiga pada 12 Disember lalu.
“Saya memang sudah berpisah dengan bekas suami cuma memilih untuk tidak menggembar-gemburkannya. Saya anggap jodoh tak panjang antara kami.
“Dalam tempoh kembali solo, saya tidak menduga insan yang sudah lama dikenali atas kawan itu kini bergelar suami.
“Saya percaya jodoh baru ini juga ketentuan dan takdir yang tertulis. Di saat sedikit demi sedikit tertutup hati, saya membukanya semula tanpa diduga,” katanya.
Saida yang baru genap 45 tahun pada 13 Disember lalu memaklumkan suaminya bertugas sebagai pengurus kanan bahagian operasi di sebuah syarikat dan usia mereka juga sebaya.
“Dia masih bujang. Kehadirannya memberi cahaya dalam hidup saya. Dia menerima saya dan anak seadanya. Saya tertarik dengan kedewasaan, kejujuran dan keikhlasan hati dia.
“Usianya sendiri juga sudah molek untuk berumah tangga. Dia sendiri memikul tanggungjawab menjaga lima orang adik perempuannya. Itu juga yang buat saya yakin dia boleh menjaga saya dengan baik.
“Segala-galanya turut dipermudahkan dan restu keluarga masing masing cukup penting hingga menyaksikan ikatan serta bahtera perkahwinan ini terpateri.
“Kami bernikah dan bersanding pada hari sama. Insya-Allah berkemungkinan ada lagi sebuah majlis untuk sanak saudara sebelah suami sedang dirancang,” katanya lagi.
Saida yang pernah menyertai Akademi Fantasia (AF) musim keenam turut menjelaskan anak bongsunya, Siti Nurul Mashitah tinggal bersama sementara tiga lagi anaknya tinggal bersama bapa mereka.
Terdahulu, Saida sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan suami pertama, Mohd Ghazali Yahya Zikri pada 14 Disember 1996, namun berpisah pada 7 Oktober 2011.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa, Anas, Khalid dan Siti Nurul Mashitah.
Kemudian Saida berkahwin untuk kali kedua pada 2016 bersama ahli perniagaan, Hafiizh Che Mat.
Momen hari bahagianya bersama suami turut dikongsikan di Instagram dan turut menerima ucapan tahniah serta iringan doa yang baik-baik daripada peminat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Tetap Berjimat, Pakai Motor Biasa ” – ‘Diam Ubi Berisi’, Hairi Safwan Sebenarnya Sudah Berstatus Jutawan!
Pelakon, Hairi Safwan tidak menafikan dirinya kini sudah bergelar jutawan selepas fokus menjalankan bisnes sejak beberapa tahun lalu.
Hairi atau nama sebenarnya, Mohd. Hairi Safwan Aznan, 31, menjelaskan, dia kini sibuk menguruskan perniagaan produk makanan tambahan, TKO Nutrition.
Bagaimanapun, meski sudah bergelar jutawan, dia akui masih lagi aktif dalam dunia teater dan lakonan atas dasar minat.
“Alhamdulillah… Saya sudah capai target. Masih lagi berlakon, sebab hobi. Cuma beberapa bulan sebelum ini, saya beri fokus kepada dua anak saya yang terpaksa menjalani pembedahan membuang tonsil.
“Pada masa sama, saya ada juga terbitkan teater selain sibuk dalam rangka promosi filem lakonan saya, Busut Bonang yang akan ditayangkan pada 19 Disember ini,” katanya.
Ditanya sama ada pernah terfikir untuk menghasilkan sebuah filem bersama rakan kongsi, En. Izzaham Hamid, Hairi mengakui ada merancang tetapi ia memerlukan strategi yang betul dan teliti.
“Saya pernah suarakan hasrat dengan rakan kongsi untuk terbitkan nakshah filem. Cuma bila saya minta pendapat dari orang filem, mereka nyatakan amaun yang kami cadangkan itu masih belum mencukupi.
“Jadi rasanya kita kena ada perancangan yang betul-betul untuk realisasikannya,” katanya yang turut dalam perancang untuk mempersembahkan sebuah teater genre seram tidak lama lagi.
Melihat kepada kecintaannya dalam seni lakon, Hairi pada masa sama turut pasang impian mahu membahagiakan insan tersayang.
“Sudah tentulah kalau sesiapa sahaja yang ada duit, mereka nak berehat. Kalau orang tanya nak famous atau nak kaya, saya akan pilih kaya. Target saya adalah untuk bahagiakan anak isteri dulu. Kemudian barulah senang.
“Jadi selepas menjalankan bersama TKO ini pun, sejak tahun lalu baru saya berjaya raih rezeki alhamdulillah. Jadi ia mengingatkan saya supaya tidak perlu untuk boros dan beringat untuk menyimpan.
“Saya tetap berjimat, pakai motor biasa datang latihan dan sebagainya,” akui Hanif jujur.
Kekal bertenanga dengan berat badan ideal, juara program Anak Wayang ini ditemui media pada Sidang Media TKO Nutrition serta Pelantikan Duta & Pelancaran Produk di Kuala Lumpur, pada Jumaat.
“Dulu pada peringkat awal, memang saya sudah berjaya kurangkan berat dari 85 kilogram kepada 75 kilogram. Malah, foto transformasi itu masih lagi ada. Tambahan pula ketika itu memang saya banyak luang masa di gim, kira-kira lima tahun lalu.
“Hinggalah sekarang, ia banyak beri kesan pada gaya hidup. Misalnya apabila saya bermain bola sepak, selalunya dalam 10 minit saya sudah keluar dah. Tapi berlari dengan 90 minit kiranya saya sudah fit,” kongsinya.
TKO Nutrition merupakan produk yang didatangkan dengan pakej coaching bagi rutin kecergasan dan khidmat nasihat pemakanan secara online kepada pengguna.
Ia berfungsi sebagai fat burner yang percepat proses kurus dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Layari www.tkonutrition.com.my untuk informasi yang lebih.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jadi Pemandu E-Hailing Sejak 2017, Danny X-Factor Ambil Konsep Sedekah Buat Pelajar Sekolah & OKU
Pelakon dan penyanyi, Danny X-Factor melakukan inisiatif sendiri dengan bersedekah kepada golongan pelajar sekolah atau golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) sekiranya mereka ada menempah perkhidmatan e-hailing yang dilakukannya ketika ini.
Danny atau nama sebenarnya Mohd Kardanie Anwa, 44, selain mencari rezeki halal, tidak salah baginya untuk memberikan sumbangan dengan cara yang tersendiri.
“Kadangkala ada golongan pelajar sekolah yang naik kereta saya mahu ke perpustakaan dan sebagainya. Apabila nak bayar, saya suruh dia simpan wang dan beritahu saya niat sedekah dan minta mereka belajar rajin-rajin.
“Begitu juga kalau penumpang dari golongan OKU, saya takkan ambil wang kerana bersimpati dengan keadaan mereka. Yang penting ialah doakan saya murah rezeki. Itu pun sudah cukup,” katanya, petik Harian Metro.
Danny mulai melakukan perkhidmatan e-hailing sejak 2017 lalu.
Tambahnya lagi, dia senang dengan apa yang dilakukan sekarang selain percaya kepada rezeki.
“Saya tak rasa ‘stress’ memandu. Ia ibarat terapi juga pada saya kerana saya boleh kenal lebih ramai orang. Tak dinafikan mulanya buat sekadar suka-suka, kemudian tengok rezeki pendapatan macam alhamdulillah.
“Ramai juga jumpa kawan-kawan artis yang tiada kerja dan saya cadangkan buatlah e-hailing. Mungkin ada yang malu dan ada sesetengah tiada kereta sendiri. Petuanya mudah sahaja. Kalau rajin semua benda boleh jadi.
“Sekarang, boleh katakan kalau ada tawaran berlakon pun, saya lebih pilih buat e-hailing. Pendapatan bergantung atas diri kita. Kena tahu masa yang sesuai,” katanya lagi.
Bagaimanapun, sama seperti pekerjaan lain, setiap pendapatan itu ada naik dan turunnya.
“Bagi saya, apabila bawa kereta keluar, setiap minit adalah duit. Kalau hari ini dapat RM10, setakat itu sahaja rezeki. Kalau esok dapat lebih pun, rezeki kita juga.
“Yang penting saya gembira, ambil orang dan turunkan orang. Tak perlu jumpa kawan-kawan untuk dengar masalah. Yang penting penumpang selamat sampai ke destinasi.
“Apapun saya kena pastikan cukup rehat. Hari-hari duit dalam dompet tak kosong untuk berbelanja. Kadangkala ada sasaran untuk bayar contohnya pelbagai bil dalam bulan tertentu.
“Jadi saya tetapkan beberapa hari untuk bekerja bagi dapatkan jumlah yang dikehendaki,” katanya yang akan mengambil alih tugas menjaga anak apabila isterinya bertugas di awan biru sebagai pramugari.
Dalam pada itu selain memandu e-hailing, Danny turut bekerja sebagai penerbit penyelaras dan pengurus produksi di Double Channel Sdn Bhd milik pelakon Syed Aiman.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber: Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI