Pelakon dan pengarah, Datuk Ahmad Idham menyuarakan luahannya susulan jenaka kumpulan lawak, UBI kerana didakwa mempersenda anak istimewa sewaktu pentas akhir Muzikal Lawak Superstar 3 baru-baru ini, secara tak langsung.

Menerusi kenyataan yang dikongsikan di media sosial, Ahmad Idham memaklumkan tindakan kumpulan berkenaan yang dikatakan meniru watak selebriti media sosial, Yoe Parey yang telah didiagnos mempunyai masalah pembelajaran sebagai agak keterlaluan.

Anak Istimewa Jadi Bahan Jenaka, Ahmad Idham Tegur Kumpulan UBI?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Ahmad Idham (@ahmad_idham)

“Baru-baru ini tular di media sosial sebuah rancangan komedi menampilkan satu kumpulan melakonkan watak seorang anak istimewa, Yoe Parey yang telah didiagnos masalah pembelajaran.

“Saya melihat budaya menjadikan watak anak istimewa sebagai bahan lawak sudah dinormalisasi dalam kalangan masyarakat kita.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk menegur sebagai tanda kasih dan sayang saya kepada adik-adik di dalam industri hiburan,” tulisnya.

IKLAN

Anak Istimewa Jadi Bahan Jenaka, Ahmad Idham Tegur Kumpulan UBI?

Katanya lagi, dia juga tidak mahu budaya mempersenda anak istimewa ini turut menjadi ikutan terutamanya buat golongan muda di luar sana.

“Jauh disudut hati ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa terbuku sedikit rasa kecewa apabila kekurangan anak-anak istimewa dijadikan bahan lawak untuk mentertawakan orang.

“Saya mendapat keluhan ini secara terus daripada ibu bapa ketika mengadakan program dan jelajah dibawah Hab Pendidikan Khas saya.

IKLAN

“Harapan saya agar kita tidak terus membudayakan perkara-perkara sebegini kerana ianya akan mempengaruhi anak-anak muda untuk turut sama melakukan perkara yang sama,” kongsinya lagi.

Anak Istimewa Jadi Bahan Jenaka, Ahmad Idham Tegur Kumpulan UBI?

Dalam pada itu, Ahmad Idham yang juga merupakan Pengasas Hab Pendidikan Khas turut berharap semua pihak dapat menjadi lebih peka agar perkara seperti ini tidak berulang lagi pada masa akan datang.

IKLAN

“Semoga kita semua dapat terus memainkan peranan diposisi kita masing-masing untuk membentuk satu komuniti positif yang saling menyokong antara satu sama lain tanpa mendiskriminasi mana-mana pihak secara langsung atau pun tidak langsung,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Ahmad Idham merupakan seorang aktivis yang aktif memperjuangkan hak-hak anak istimewa.

Dia juga telah menubuhkan Sekolah Pendidikan Khas Eden Firdaus yang juga dinamakan bersempena anak sulungnya, Ahmad Firdaus Ahmad Idham, 21, yang juga anak istimewa.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Datuk Ahmad Idham

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI