“Anak Itu Anugerah & Amanah Allah S.W.T Tak Kira Dalam Keadaan Apa, Kena Bersyukur,”- Ucap Peminat Buat Zarina Zainuddin

Share

Tarikh 2 April setiap tahun dipilih sebagai sambutan Hari Autisme. Ia diraikan seluruh dunia sebagai mengingati serta menghargai pesakit penghidap autisme.

Lalu tidak dinafikan, dalm mendidik anak-anak yang menghidap penyakit autisme ini, ia bukanlah satu perkara yang mudah.

Para ibu bapa atau penjaga perlukan semangat serta kesabaran yang kuat dan cekal, sebagaimana yang ditonjolkan pelakon, Zarina Zainuddin.

Bersempena dengan tarikh istimewa buat dirinya sekeluarga itu, bintang berusia 49 tahun itu ada memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram.

“Happy Autism National Day 2 April Please ware blue for respect”tulisnya.

Lalu, peminat juga turut mengucapkan ucapan tahniah dan syabas kepada Zarina kerana telah berjaya mendidik anak yang menghidap autisme.

Semoga Zarina terus cekal dan tabah dalam menghadapi ujian kehidupan.

Untuk rekod, Zarina memiliki sepasang anak kembar yang menghidap autisme bernama Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai.

Foto : Instagram Zarina Zainuddin

Published by
Nazar Rafiqhi