“Anak Jantung Hati Saya,” – Sedar Bakal Berkongsi Kasih, Jasmin Hamid Seru Mereka Sentiasa Muliakan Ibu Bapa

Share

Pelakon senior, Jasmin Hamid mendedahkan kasih sayangnya terhadap para anak-anak tidak akan pernah berubah meskipun mereka kini sudah meningkat dewasa.

Jelas Jasmin, para ibu bapa harus mendidik anak-anak dengan sifat kasih sayang agar mereka sentiasa saling hormat menghormati dan cinta mereka terhadap kedua orang tuanya tidak pernah padam.

“Anak-anak adalah JANTUNG HATI saya. Saya tak pernah rasa mereka dah dewasa. Kalau boleh, semua nak menyelit kat bawah ketiak IBU lagi.

“Kasih sayang saya pada anak-anak sama rata. Ajarkan anak-anak erti kasih sayang, hormat menghormati dan tolong menolong antara satu sama lain.

“Saya akui, saya kena kongsi kasih sayang mereka dengan pasangan mereka satu hari . Apapun KASIH SAYANG IBU hingga ke SYURGA,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Cukup Derita Itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, Jasmin turut menasihati para anak-anak untuk tidak melupakan tanggungjawab mereka terhadap ibu bapa meskipun selepas mereka sudah mendirikan rumah tangga.

“Pada anak lelaki, sampai hujung nyawa mereka, SYURGA MEREKA di bawah telapak kaki Ibu. Kita sebagai IBU pun , kena pandai bagi ruang untuk anak-anak bahagia bersama pasangan masing-masing.

“Anak lelaki juga kena pandai jalankan tanggungjawab sebagai anak, suami dan bapa.

“Saya memang CAIR kalau tengok anak lelaki yang MULIAKAN Ibubapa. Ibu bapa adalah 2 PINTU SYURGA buat anak-anak,” jelasnya lagi.

Dikesempatan itu, Jasmin turut menyifatkan anak-anak yang sentiasa memuliakan ibu bapa pasti akan berjaya dalam apa jua perkara yang mereka ceburi.

“Bila dia MULIAKAN Ibubapa, nescaya dia akan turut bahagiakan pasangannya nanti. IN SYAA ALLAH..

“Sentiasa doakan yang baik-baik untuk anak-anak sebab doa Ibu, tiada hijab.
Kasih sayang Ibubapa dan doa mereka, jalan kita ke Syurga.

“Berjayanya kita dalam hidup dan sentiasa dalam lindungan Allah kerana DOA IBUBAPA, usaha kita cuma 30% sahaja. Allah Maha Baik,” akhirinya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan kenyataan tersebut selain turut memuji hubungan akrab diantara Jasmin dan anak-anaknya.

“Netizen yang dok kutuk suap anak ni tak patutlah kan. Kurang ajar. Eloklah mak suap anak. Tu pun salah ke?

“Beautiful family. Well said and done. Alhamdulilah.

“Semoga akak dimurahkan rezeki dan diberkati selalu demi menjaga amanah Allah buat kakak. Amin.

“Kasih sayang..inilah rezeki yang tak ternilai dari duit,” antara reaksi-reaksi netizen di ruangan komen.

Baru-baru ini, Jasmin meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir warga maya yang mengecam tindakannya gara-gara video menyuap makan kepada anak lelakinya, Ian Haziq, 20 yang disifatkan terlebih manja.

Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Sumber: Instagram Jasmin Hamid

Published by
Aizam Manaf