“Anak Kedua Ni Terasa Nak Bersolek Je,” – Tasha Shilla Hamil Lagi, Usia Kandungan Masuk Minggu ke-26

Share

Pelakon Tasha Shilla berkongsi berita gembira apabila dia kini sedang hamil cahaya mata kedua.

Menerusi hantaran di Instagram, Tasha memberitahu usia kandungan sudah masuk mingg ke-26 dan dia turut mendedahkan pengalaman mengandung kali ini agak berbeza.

“Anak kedua ni terasa nak bersolek je. Thank you @bellahudd terubat rindu sentuhan #bellahuddsignature #26weekspregnant,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Menerusi ruangan komen, rakan serta peminat turut menitipkan ucapan tahniah buat pelakon drama Mimpi Sabrina itu. Antaranya;

“Congratulations again sayangku. You’re always the prettiest!”

“Wah Alhamdullilah. Semoga baby & mummy membesar sihat. Amen.”

“Semoga dipermudahkan urusan Tasha. Alahai macam sebut nama anak sulung sndiri yanb 9 tahun…”

“Alhamdulillah, tahniah sis.”

Dalam pada itu, Tasha turut akui kali ini dia ‘mengidam’ mahu berlakon dan akhirnya berpeluang berada di set penggambaran selama lima hari.

Sekadar informasi, Tasha mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Muhammad Atiq Idris pada 28 Februari 2020 dan pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Raees Zander.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

.

Foto: Instagram Tasha Shilla

 

Published by
MH