
Tahniah diucapkan buat Youtuber yang juga pengarah filem, Syahmi Sazli, 27, yang selamat menyambut kelahiran anak keduanya.
Memaklumkan berita gembira itu menerusi satu hantaran terkini di Instagram, pengarah filem 35MM itu turut berkongsikan nama permata hatinya.
“Selamat datang ke dunia, anak keduaku… Khabib Umar,” tulis Syahmi.
Serentak dengan perkongsian tersebut, rata-rata peminat menitipkan ucapan serta mendoakan yang baik-baik buat Syahmi seisi keluarga.
Terdahulu, Syahmi berkahwin dengan isterinya, Anissa Faizul pada 23 Febuari 2018 dan cahaya mata pertama mereka, Ainul Mardhiah, kini berusia tiga tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://youtu.be/RGLKD9A5SWc
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mahu Jadi Isteri Terbaik,”- Ucapan ‘Bersemut’ Shila Amzah Sempena Anniversary Pertama, Siap Karaoke!

Hari ini genapalah usia perkahwinan penyanyi Shila Amzah dan suaminya, Haris Idraki Elias yang ke satu tahun.
Shila juga ada berkongsi video di Instagramnya yang memaparkan dia dan suaminya sedang karaoke lagu I Will Survide nyanyian Gloria Gaynor.
“Happy 1st year anniversary sayang @hariselias .. And more to come!
Alhamdulillah Dah setahun baby, tak terasa pun.. Sekejab je.. Banyak benda kita belajar tentang each other.. Ups and downs yang kita hadapi… I want to be a better wife for you baby, in sha Allah.. In sha Allah baby peanut akan jadi hadiah pengikat kasih sayang kita ?
I love you baby. (BRB nak nangis tepi katil jap.. ?)
“Special thanks utk semua yang terlibat time kitorg tunang 2 years ago.. And kahwin a year ago,” tulis Shiha.
View this post on InstagramA post shared by 씰라茜拉shila amzah?? (@shahilaamzah) on
Menerusi ruangan komen, netizen turut menitip ucapan buat pasangan romantis ini.
Popular dengan lagu Patah Seribu, Shila kini sarat hamil cahaya mata dan sering berkongsi gambar ‘baby bump’ di Instgaramnya.
View this post on InstagramKat mana paling sedap makan di Port Dickson? ? #makyongnakmakanpedas
A post shared by 씰라茜拉shila amzah?? (@shahilaamzah) on
Terdahulu, Shila telah menerima mas kahwin bernilai RM888 di kediamannya, Cheras.
Video : IG Shila Amzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mimpi Kita Jadi Kenyataan, Saya Nangis Agak Teruk,” – Nyanyi Di Konsert Sendiri Jadi Realiti, Sebak Syamel Kenang Arwah Ibu

Penyanyi, Syamel menzahirkan rasa sebak selapas impiannya untuk mengadakan konsert khas akhirnya menjadi kenyataan.
Bagaimanapun, Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly akui agak ralat kerana tidak dapat berkongsi momen bersejarah itu bersama arwah ibunya.
“Umi, saya menyanyi di konsert saya sendiri. Semua oramg menyanyi bersama dan seronok sangat malam tu. Mimpi kita jadi kenyataan. Alangkah seronoknya kalau umi dapat lihat saya buat persembahan,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Hidup Dalam Mati itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Katanya lagi, dia juga tidak dapat menahan air matanya sewaktu membawakan lagu Bila Kau Tiada.
“Tapi malam tu semangat umi menemani Syamel on stage. Gambar-gambar Umi teman Syamel masa nyanyi lagu ‘Bila Kau Tiada.
“Saya nangis agak teruk. Saya rindu umi sangat-sangat,” ujarnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut sama menzahirkan rasa sebak selain turut mendoakan semoga ibu Syamel ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
“Arwah umi mesti bangga dengan Syamel. Keep strong and strive to the top Mel.
“Tahu tak kami dekat seat pun menangis.
“Arwah ibu pasti bangga dengan awak. Good job Bang Mel. You did very well.
“Saya menangis juga. Al-Fatihah buat Umi.
“Salam takziah Bang Mel, InsyaAllah ibu tunggu awak di pintu syurga,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Konsert Aku Cinta yang berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur ini turut menampilkan isterinya yang juga merupakan penyanyi terkenal, Ernie Zakri.
Sekadar informasi, ibu kepada Syamel, Wan Faaizah Karim telah menghembuskan nafasnya yang kerakhir pada tanggal 22 Ogos 2021.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Syamel
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[VIDEO] WOW! Versi Dulu Dan Kini, 10 Selebriti Wanita Ini Banyak Melakukan Transformasi Diri Untuk Tampil Lebih Lawa!

Setiap individu pastinya pernah melalui proses transformasi dan perubahan diri dari segi faktor kehidupan, fizikal dan sebagainya.
Jadi, tidak hairanlah jika artis tempatan ini juga turut melalui perubahan fizikal yang jelas bezanya dahulu dan sekarang.
Tengoklah dalam soal penjagaan diri, imej dan penampilan mereka. Memang wow kan? Kata orang lain dulu lain sekarang.
Apa pun, MH belanja korang 10 selebriti wanita yang jelas ketara perubahannya dahulu dan kini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI