Anak Ketiga Siti Sarah Genap 7 Tahun, Titipan Kasih Shuib Cukup Jentik Hati; “Ibu Anak Kita Semakin Besar.”

Share

Usahawan dan penyampai radio, Shuib memberikan dedikasi buat anak ketiganya, Ariq Matin yang kini mencecah usia tujuh tahun, semalam.

Sambil berkongsikan momen indah bapa dan anak, kapsyen yang dinukilkan Shuib turut menjentik hati apabila turut ‘menandakan’ (tag) nama isterinya penyanyi Allahyarham Siti Sarah pada ruangan kapsyen.

“Hari ini 20 Nov 2022, 7 Tahun lepas. Lahirnya seorang yang bernama Ariq Matin. Semoga jadi anak baik, anak soleh dunia dan akhirat. Anak manja daddy dan Ibu @sitisarahraissuddin Anak kita semakin besar,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, rakan artis dan peminat turut menitipkan ucapan selamat ulang tahun selain mendoakan yang terbaik buat Shuin seisi keluarga.

Menerusi platform sama, Shuib turut berkongsi majlis sambutan hari jadi anak lelakinya itu.

Imbas kembali, Shuib mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Sarah pada Februari 2011.

Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) selepas bertarung nyawa akibat COVID-19 pada 9 Ogos 2021.

Allahyarham melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan yang kini sudah berusia setahun melalui pembedahan tanpa sedar sebelum pergi buat selamanya.

Selain Ariq dan Ayash, pasangan selebriti ini turut dikurniakan dua cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 11 dan Dzahira Talita Zahra,9.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH