Awal hari ini, ibu kepada pelakon Fasha Sandha, Hatijah Teh Man ada berkongsi beberapa status yang berkaitan dengan majlis perkahwinan anaknya itu menerusi media sosial.

Selain memuat naik sekitar momen indah majlis raja sehari anaknya itu, Hatijah yang menggunakan akaun Eja Sandha menerusi Facebook ada meluahkan rasa sebak saat mengenangkan anak ketiganya, Nur Farisha Sandha yang telah pun pergi mengadap Illahi tidak berapa lama dulu.

“Sebak melihat gambar ank2ku ini kerana ank ketiga tidak dpt utk berkongsi kegembiraan saat2 manis ini..Nur Farisha Sandha si manis 17 mama telah meninggalkan kami mengadap ilahi..Al Fatihah.

“Sekarang menunggu 3 lagi ank2 dlm pic ini utk menjadi raja sehari soon…,” tulisnya.

Ads

“Anak Ketiga Tidak Dapat Untuk Berkongsi…,” – Ibu Fasha Sandha Luah Rasa Sebak Kenangkan Anak Yang Pergi Mengadap Illahi

Lalu, para pengikutnya turut mengucapkan takziah dan alfatihah atas pemergiaan arwah.

Sementara itu, Fasha pula menerusi Instagram turut menitipkan ucapan istimewa buat ibu tersayang. Tulis Fasha, dia pasti ibunya sudah pun rasa lega kerana majlis di Perlis berjalan dengan lancar dan baik.

Ads

“Mama, Momen selepas selamat diijabkabulkan di Masjid TuanKu Syed Putra Jamalulail.
I love you mama…Sha baru tengok gambar ni dan nampak mama menitiskan air mata seorang ibu.

Ads

“Sha pasti mama lega sebab majlis nikah dan sanding di Perlis berjalan dengan baik.
Terima kasih mama diatas restu buat kami, terima kasih juga ibu , kerana memberikan restu buat kami berdua.

“Insyaallah, semoga dengan restu dan doa2 yang baik, kami akan selalu bahagia. Insyaallah. Terima kasih Allah diatas cinta ini,” tulis Fasha.

Foto: Instagram Fasha, Facebook Eja Sandha

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI