Pelakon, Amyza Aznan ada berkongsi khabar duka apabila anak lelakinya, Andrea Mikhail telah terlibat satu kemalagan jalanraya, malam tadi.
Kongsi Amyza menerusi entri di Instagram, kemalangan tersebut berlaku selepas anaknya pulang daripada membuat rakaman lagu di sebuah studio rakaman.
Sambil menitipkan kata pesanan kepada orang ramai untuk sentiasa berhati-hati dan berwaspada ketika memandu, pelakon versatil ini turut bersyukur atas ujian yang menimpa.
“Baru je balik dari studio. Terima kasih allah kerana melindungi anak ku. @andremikhail.kaaia hati ibu ni anak.
“Pesanan buat semua, nak masuk simpang tolong la bg signal. Saya tak marah. Saya dlm keadaan tenang. saya bersyukur kerana ini ujian baru buat saya dan anak2,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, bintang berusia 44 tahun ini menyifatkan apa yang berlaku sebagai peringatan dari Yang Maha Kuasa.
“Bagi saya ianya peringatan dari allah kerana allah tau saya sangat sayangkan anak2 dan setiap ujian allah ada kenikmatannya walaupon ia pahit,” tulisnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat dan rakan selebriti turut sama mendoakan agar anaknya itu kembali sembuh seperti sedia kala.
Amyza turut berkongsi kecederaan yang menimpa anaknya itu di Instastory.