Selepas seminggu melahirkan ada kedua, pelakon Anzalna Nasir akhirnya mendedahkan wajah penuh permata hatinya buat tatapan peminat.
Dia pada masa sama turut berkongsi nama penuh bayi lelaki keduanya itu.
“Sebagaimana Sunnah Nabi SAW, setelah cukup 7 hari, kami ingin mengumumkan selepas ditahnik, anak lelaki tercinta kami dinamakan Mohamad Emirhan Bin Mohamad Hanif yang bermaksud ‘Princely Ruler’.
“Alhamdulillah, semoga membesar menjadi anak yang soleh, berbudi pekerti mulia, pintar, serta berjaya dunia dan akhirat. Amin,” tulisnya di Instagram, sebenar tadi.
Serentak dengan perkongsian terbabit, para peminat serta rakan selebriti menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan yang baik-baik buat Anzalna seisi keluarga.
Untuk rekod, Anzalna dan Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada 2016 dan mereka turut dikurniakan seorang lagi anak lelaki, Mohamad Eidrees, 2 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ingat Lagi Masa Final, UiTM Tengah Musim Exam,” – Issey Fazlisham Imbau Memori, ‘Payung’ Kisah Jadi Tukang Karut 9 Tahun Dulu!
Penyampai radio, Fazlisham Mat Hussin atau lebih dikenali sebagai Issey berkongsi sepotong video sembilan tahun lalu yang menyaksikan dia membuat persembahan dikir barat.
Akui anak kelahiran Kota Bahru, Kelantan itu, dia merindui zaman kegemilanggannya ketika beraksi di petas Dikir Barat Kebangsaan pada tahun 2010.
“Rindu nok dikir. Ni tahun 2010. Kami juara Dikir Barat kebangsaan anjuran @rtm_malaysia . Masa ni saya hujung hujung degree.
“Igt lagi, masa final dikir ni, Uitm tengah musim exam. Siang exam. Malam practice dikir. Pastu nak study lagi. Tapi alhamdulillah. Habis belajar dan menang Pertandingan.
“Tapi tu dulu. Sekarang, parang sudah tumpul,” tulisnya yang memegang tanggungjawab sebagai tukang karut.
View this post on InstagramA post shared by issey (@isseyfazlisham) on
Menerusi video tersebut, Issey bersama ahli kumpulan dikir tersebut membuat persembahan dengan penuh bertenaga dan bersemangat.
Hasil kemenangan tersebut, kumpulan yang diberi nama Titih Pusaka menerima hadiah berjumlah RM20,000, piala dan sijil.
Hadiah diumumkan pengacara Sabri Yunus dan Mat Over.
Video: Instagram Issey/ Youtube Keputusan Pertandingan Dikir Barat Peringkat Kebangsaan 2010.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dr. Say Jumpa Pakar Jantung Sebab Tahap Kolestrol Tinggi, Ulas Rasa Kecewa Insiden Video Viral Pemandu Lori
Sejak semalam, tular di media sosial susulan sepotong video seorang pemandu lori yang dilihat cuba menahan kesakitan akibat serangan jantung selepas lori yang dipandunya difahamkan telah melanggar tiga buah kereta.
Bagaimanapun, pemandu tersebut telah disalah ertikan selepas dia dituduh memandu dalam keadaan mabuk.
Tambah memilukan, pemandu lori tersebut disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.
Video berdurasi hampir 50 saat itu nyata mengundang reaksi pelbagai pihak.
Antara yang turut memberikan pandangan terhadap insiden berkenaan ialah hos dan doktor selebriti, Dr. Say Shazril.
Jelas Dr. Say, dia kecewa dengan tindakan individu berkenaan yang melemparkan tuduhan secara melulu.
“Jangan main-main dengan heart attack. Video pemandu lori yang dituduh mabuk oleh wanita yang merakam ni cukup mengecewakan saya. Tanpa asal-usul beliau dituduh mabuk dan tiada sebarang pertolongan diberikan kepada beliau.
“Kalau korang amati video ni elok-elok nampak betapa dalam kesakitannya pemandu tu sambil dia ber-grunting in pain dan sambil tangan kirinya memegang dada kirinya. Saya faham orang biasa mungkin tak tangkap apa yang dialami pemandu tu akan tetapi perlukah menghukum beliau sebegitu?,” tulisnya.
Rasa kecewa itu dikongsikan bapa kepada dua orang cahaya mata itu menerusi hantaran di Instagram.
Katanya lagi, pemandu lori tersebut berkemungkinan besar dapat diselamatkan sekiranya individu berkenaan segera mendapatkan bantuan.
“Kalaulah wanita tersebut bertanya “pakcik ok ke? Nak saya panggil ambulans?” instead of menuduh pakcik tu, mungkin beliau boleh diselamatkan sebab when it comes to sakit jantung atau angin ahmar, TIME IS PRECIOUS.
“Inalillah pemandu tersebut telah meninggal dunia. Let this be a lesson to all of us, number one TO NEVER JUDGE ANYONE AIMLESSLY and number two TO EDUCATE OURSELVES ON NUMBER 1 KILLER IN OUR COUNTRY FOR 20 STRAIGHT YEARS yakni penyakit jantung iskemik,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Dr. Say turut memaklumkan sesiapa sahaja kini berisiko untuk terkena serangan jantung tidak kira sama ada usianya muda atau tua.
Tambahnya lagi, dia juga kini telah berjumpa dengan doktor pakar untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai keadaan jantungnya selepas tahap kolestrol dalam badan berada di paras yang agak tinggi.
“Saya tak hisap rokok, saya tiada darah tinggi, saya tiada diabetes, saya tiada sejarah keluarga sakit jantung tapi saya ada kolestrol tinggi. Adakah saya berisiko untuk kena serangan walaupun usia saya baru 34 tahun ni? Semestinya!
“What to do? Saya dah berbincang dengan pakar sakit jantung dan beliau suggestkan saya untuk buat CT Angiography Selasa minggu depan. Katanya risiko saya rendah tapi i just want a peace of mind sebab serangan jantung ni terlalu mengejut.
“Apa-apa nanti saya update. Semoga dipermudahkan segala urusan kita dan semoga kita sentiasa dilindungi-Nya,” akhirinya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar insiden tersebut dapat dijadikan iktibar buat semua pihak.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Dr. Say
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Orang Yang Dikejar Bayang-Bayang Akan Cuba Buat Macam-Macam Cerita,” – Rita Rudaini Nasihat Bella Astillah Fokus Pada Hidup & Anak-Anak
Pelakon, Rita Rudaini menasihati rakan selebriti, Bella Astillah untuk terus memberikan fokus terhadap kehidupannya dan anak-anak tanpa menghirau mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan dirinya.
Menurut Rita, mereka yang dihantui rasa bersalah akan sedaya upaya membuat dakwaan tidak benar bagi menutup kesilapan mereka sendiri.
“Bella, jalan terus. Yakinlah Allah ada dengan awak. Orang yang dikejar bayang-bayang ni memang akan cuba sedaya upaya sehabis mungkin untuk membuat macam-macam cerita.
“Tidak akan habis. Sebab bayang-bayang itu akan kejar mereka sampai kiamat. Tenang sahaja Bella. Nikmati hidup awak dengan anak-anak.
“Orang macam tu memang sampai kiamat pun tidak akan mengaku salah. Lagi nak cari jalan dan cuba mencari geng untuk putar belit supaya orang lupa kisah mereka,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Shah Alam 3000 itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories.
Dalam pada itu, Rita turut mengingatkan Bella untuk sentiasa percaya dengan ketentuan Illahi dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan.
Katanya lagi, Allah akan sentiasa ada bersama kita dikala jatuh dan bangun.
“Tuhan itu maha adil. Satu pesan kami, jaga amanah Allah sehabis baik.
“Tak payah risau tiada pasangan untuk
jaga kita hingga tua kerana kita ada yang lebih hebat dan sentiasa menjaga kita sampai bila-bila iaitu, Allah yang Maha Pengasih.
“Jangan risau. Luka awak, Allah yang akan ubati,” kongsinya.
Sejak awal pagi tadi, nama Bella menjadi perhatian netizen selepas tular satu video diaplikasi TikTok yang mendakwa dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon baharu, Muaz Zabir.
Malah, menerusi hantaran tersebut juga, turut tersebar beberapa foto mesra
dan hantaran mesej yang didakwa merupakan perbualan diantara Bella dan Muaz.
Bagaimanapun, sehingga kini, kedua-dua pihak masih belum membuat sebarang penjelasan berhubung hantaran tular tersebut.
Bella dan Muaz dikatakan pernah bekerjasama dalam sebuah drama pada September tahun
lalu.
Pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan aktres Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.
Manakala pada 13 Mac lalu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspress namun kes itu akan disebut semula pada 4 April 2023 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Untuk rekod Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan
Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Rita Rudaini & Bella Astillah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI