Penyanyi veteran terkenal, Datuk M Daud Kilau, 84, dilaporkan kini berada dalam keadaan kritikal selepas dimasukkan ke Hospital Teluk Intan (HTI), Perak pada malam Rabu.
Memetik Harian Metro, penyanyi yang terkenal dengan gelaran Raja Gelek itu dikejarkan ke hospital pada jam 12 tengah malam tadi sebelum doktor mengesahkannya mengalami masalah paru-paru berair.
Menurut anaknya, Ahmad Zaini, bapanya kini berada dalam pemantauan rapi daripada doktor selain memerlukan bantuan pernafasan.
“Doktor mengesahkan pada keluarga bahawa Datuk (M Daud Kilau) kritikal (paru paru berair) pada 2 pagi.
“Kami sekeluarga membenarkan doktor untuk membuat CPR (Bantuan Pernafasan Kecemasan) dan memasukkan tiub bagi membantu pernafasannya apabila jantungnya terhenti.
“(Ayah) masih memerlukan bantuan pernafasan (dan dalam keadaan) separuh sedar tapi masih kritikal,” katanya.
Penyanyi lagu malar segar, Cek Mek Molek itu sebelum ini pernah dimasukkan ke HTI selepas mengadu sesak nafas dan menjalani prosedur pembedahan angioplasty di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur, dua tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI